Thursday 20 August 2015

Kencing kotor ketika hamil



Assalamua'laikum. Alhamdulillah hari ini Emy terpanggil untuk buat entry mengenai kencing kotor. Dalam post Emy yang sebelum ini ada entry mengenai rawatan kencing kotor. Hari ini post ini lebih ditujukan untuk ibu yang mengandung. Kenapa? Kerana ibu mengandung mudah untuk mengalami jangkitan kencing kotor ini.



Apakah itu kencing kotor?

Kencing kotor ini adalah kondisi di mana terdapat jangkitan pada saluran pundi kencing, ginjal dan pundi kencing kita. Walaupun air najis kita berwarna putih, itu tidak bererti kita tidak akan terkena jangkitan kuman. Disebabkan itula setiap ibu mengandung di wajibkan untuk mengambil sample air kencing ketika rawatan semasa mengandung.

Bagaimana kencing kotor terjadi?

Perubahan hormon
* Bagi wanita hamil, perubahan hormon merupakan faktor utama mengapa mereka mudah terkena jangkitan kencing kotor. Di sebabkan itula wanita hamil harus lebih menitikberatkan faktor kebersihan dan pengambilan air putih sekurang-kurangnya 3Liter sehari.

Tidak menjaga kebersihan ketika kencing atau berak
* Bagi wanita, kebersihan faraj dan dubur amatlah penting terutama ketika hamil. Kuman ini mudah terjangkit dari dubur seterusnya ke faraj. Disebabkan itulah kita disarankan untuk mengelap faraj kita dari arah depan ke belakang dan bukan dari belakang ke depan.

Kurang pengambilan air putih masak
* Kadang-kadang ketika mengandung kita merasa mual untuk meminum air putih. Alasan paling kerap didengar adalah kerana rasa payau air putih tersebut. Namun jika pengambilan air manis terlalu banyak, boleh menyebabkan kencing kotor dan seteruskan ibu boleh mengalami kencing manis ketika hamil.

Aktiviti bersama suami
* Aktiviti seks bersama suami kadang-kadang boleh mempengaruhi masalah kencing kotor ini. Di sebabkan itulah mengapa para wania di sarankan untuk mencuci faraj sebelum dan selepas bersama suami. Suami juga di sarankan agar mencuci anus nya sebelum memulakan seks bersama isteri.


Bagaimana untuk mengelak dari mengalami masalah kencing kotor?

Kencing kotor boleh di elak dengan mengamalkan kebersihan diri, minum air putih sekurang-kurangnya 3Liter sehari, selang selikan dengan minum air barli dan air kelapa, dan kerap mengambil vitamin c setiap hari. Bagi Emy sendiri, Emy mengambil vitamin c shaklee 2biji setiap hari dan 2biji garlic shaklee.

 

Adakah kencing kotor merbahaya ketika hamil?
Kencing kotor ketika hamil adalah sangat bahaya jika tidak dirawat dengan segera. Kencing kotor boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang, kematian ibu dan janin dalam kandungan dan mengalami kegagalan ginjal. Oleh sebab itulah ibu mengandung harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak terkena jangkitan kencing kotor.

Simptom kencing kotor
Jika ibu hamil mengalami simptom seperti kencing berdarah, kencing panas, sakit di bawah abdomen, keputihan yang banyak, kerap kencing dengan kuantiti yang sedikit walaupun kurang minum air, dan demam panas berpanjangan, maka haruslah segera mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai kencing kotor ketika hamil, bolelah bertanya pada emy. Atau anda ingin membuat tempahan untuk produk vitamin c shaklee dan garlic, bolehlah wassap emy di talian 014-3643214.  Terima kasih

Shaklee putatan
Shaklee tuaran
931613
014-3643214

2 comments:

  1. Kencing kotor memang merbahaya kepada ibu yang hamil. Good info emy. Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menakutkan bila kencing kotor. Semoga kita lebih byk minum air kosong dan jaga kebersihan

      Delete