Monday 9 March 2015

JERAWAT MAKIN BANYAK APABILA MAKAN VITAMIN

Assalamua'laikum. Alhamdulillah hari ini Emy berkesempatan untuk mengarang satu lagi entry mengenai jerawat makin banyak apabila makan vitamin. Bila kita baca atau alami rasa macam pelik ada, tertipu pun ada. Namun janganlah bimbang. Kenapa? Haaa, Pernah dengar perkataan 'Healing Crisis' atau 'Fasa Penyembuhan'?

Apabila anda makan vitamin untuk kecantikan kulit, anda akan mengalami fasa penyembuhan di mana jerawat dan minyak pada muka akan keluar berlebihan. Kadang-kadang perkara ini akan mencetuskan rasa malu untuk berjumpa dengan orang kerana kulit muka makin teruk.


Namun anda tidak perlu bimbang. Teruskan pengambilan vitamin anda. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 3 Liter air sehari dan mengelakkan makan makanan berminyak, makanan segera, merokok dan teruskan mengambil vitamin seperti sebelum ini. Jangan berhenti walaupun jerawat bernanah keluar di muka kita.

Kenapa ini terjadi? ini adalah kerana apabila tubuh kita terlalu banyak toksin, minyak dan kotoran, ia akan keluar melalui kulit kita. Oleh sebab itula muka kita makin berjerawat selepas mengambil apa-apa vitamin. Ia berbeza dengan produk kecantikan yang di sapu pada kulit muka kita. 

Jadi apakah checklist kita?  

* Mengambil sekurang-kurangnya 3 Liter air sehari
* Kerap membersihkan muka
* Elakkan makanan berminyak
* Teruskan pengambilan vitamin


Sekiranya anda mempunyai masalah jerawat dan ingin merawatnya, anda bolehla hubungi saya di talian 014-3643214 atau wassap pun boleh. Alhamdulillah setakat ini beberapa orang pelanggan Emy sendiri sudah mencuba produk ini dan berpuas hati. Terima kasih. 


SHAKLEE TUARAN 
SHAKLEE PUTATAN
931613
014-3643214

Sunday 8 March 2015

Manfaat Mealshake

Assalam. Harini Emy mo kongsikan sedikit manfaat utama yang terkandung pada mealshake shaklee. Mealshakes menyediakan hidangan lengkap n asid amino yg diperlukan oleh badan. Diperbua daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya NON GMO, n Lactalbumin (sejenis susu).

Manfaat utama :

* Membekalkan nutrisi lengkap, 24jenus vitamin, mineral n zat yg diperlukan oleh badan.

* Membantu dalam pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun bdn n lain2.

* Membantu dlm tumbesaran yg mengandungi asid folic, biotin, kalsium, n magnesium yg diperlukan oleh tubuh badan.

* Mengandungi Vitamin A, C, E, Zinc, Selenium yg merupakan agen anti oksida yg tgi melawan penyakit dan awet muda.

* Mengembalikan seri wajah dengan membekalkan vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yg cukup untuk membina sel darah merah yang sihat.

* Membantu membung lemak berlebihan n sisa buangan dari usus dan perut.


TARGET UTAMA

* Bayi setahun ke atas yang kerap demam / selsema
* Pelajar
* Kanak2 yg membesar
* Ibu mengandung
* Atlet
* Vegetarian
* Orang yang sakit tidak dapat menelan pil
* Orang yang sentiasa sibuk bekerja
* Orang yang kerap makan makanan segera




Terdapat pelbagai testimoni apabila mengambil mealshakes yang tidak mengandungi pewarna, agen tiruan atau gula. Ada yang memberitahu anak lebih fokus apabila di kelas kerana mealshakes memberikan tenaga kepada badan. Terdapat juga mengatakan selera makan anak bertambah.

Bagi anak saya sendiri pula, selera makan bertambah itu biasa. Namun demam yang kerap yang menjadi masalah kepada saya. Apabila anak mula demam, selera makan terbantut. Huhu. Selepas pengambilan kerap mealshakes yang berkhasiat ini, setahun sekali demam tetapi dengan selera makan yang tinggi. Alhamdulillah


Jika anda ingin mendapatkan produk shaklee yang sentiasa memberi manfaat kepada semua, anda bolehla hubungi saya dengan whatsapp atau message kepada saya di talian 0143643214. Insyallah konsultasi percuma buat semua pelanggan istimewa saya beserta testimoni untuk bacaan anda. Terima kasih.

Shaklee putatan - tuaran - putatan
931613
0143643214

Wednesday 4 March 2015

Periuk Berkerak?

Assalam. Alhamdulillah Emy ambik masa sekejap je yea nak update pasal test yang Emy buat masa 11februari 2015. Beberapa bulan yang lalu Emy terhanguskan periuk di rumah. Hehe. Jadi Emy try salah satu produk shaklee, basic H untuk bersihkan periuk Emy.



Sebelum buat test ni, Emy pernah try juga pada periuk yang sama tp xberhasil. Tetap berkerak malahan kena sental pakai dawai besi pula. Pada kalini, Emy punya resepi campuran berbeza hehe. Macam mana caranya? 



Emy letak beberapa titik basic H pada periuk. Kemudian Emy tambahkan air paip dalam segelas macam tu. Emy biarkan melebihi 2jam.  Emy cuba gosok pakai span sabun cuci piring tu dan perlahan-lahan kerak tertanggal.

Jadi ada beberapa bahagian yang keraknya Masyallah degil betul. Jadi Emy telah menambah dlm 3titik lagi basic H ke dalam air rendaman tersebut. Selepas sejam, Emy cuba lagi dan kali wallaahhh... cantik berkilat..



Sebenarnya Emy juga telah mencuba basic H untuk menghilangkan kotoran pada baju adik yang berwarna pink dan putih. Baju tersebut telah terkena Tiger Balm yang berwarna seperti oren dan melekat pada baju. Takut untuk menggunakan clorox, Emy telah menggunakan Basic H untuk membantu melunturkan warna tiger balm tersebut. 

Hasilnya? Baju tu tidakla Emy katakan rosak seperti direndam clorox dan tidak putih seperti clorox. Namun kesan kotor berkurang berbanding sebelumnya. Memang hebat. Sampaikan adik ingat Emy menggunakan vanish. Walhal tiada vanish pun di rumah. Alhamdulillah Emy happy dan adik pun happy. Hehe. 




Harga basic H ni xmahal pun. Berbaloi dengan tempoh penggunaan. Mcm Emy pakai bila perlu je. Sekarang je lebih kerap sebab pakai untuk cuci kasut anak-anak. Emy dah berhenti menggunakan clorox dek Kerana geram beberapa kali kain rosak akibat penggunaan clorox.

Jika anda ingin dapatkan info lebih lanjut mengenai produk, bolela wassap atau msg Emy di talian 014-3643214. Insyallah konsultasi diberikan percuma untuk pelanggan Emy. Produk ini juga dijamin selamat, bersih dan halal. Pernah masuk dalam oprah winfrey show tau hehe.

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca entry Emy pada kali ini. Diharap dapat memberikan harapan kepada semua periuk-periuk di luar sana hehe. Assalam.

Shaklee tuaran - putatan
931613
0143643214