Friday 15 January 2016

Cara Banyakkan Air Susu Badan

Assalam dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman. Alhamdulillah pada 27 November 2015 yang lalu, Emy telah selamat melahirkan anak ketiga Emy. Jadi bermulalah episod menyusukan anak secara ekslusif dan akan meneruskan sehingga anak Emy berhenti dengan sendirinya. Sesiapa yang pernah baca entry Emy yang sebelum ini pasti tahu Emy menyusukan anak pertama sehingga usia 3 Tahun setengah dan anak kedua sehingga 4 Tahun 4 Bulan. 
*rujuk sini untuk entry lama. http://emyashura83.blogspot.my/2014/10/tips-banyakkan-air-susu.html

Entry Emy kalini Emy ingin kongsikan sedikit pengalaman Emy dalam menyusukan anak dan memastikan Supply lagi banyak dari Demand. Di harap agar perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu penyusuan sehingga berjaya. 

Apakah yang dimaksudkan 'Supply dan Demand"

Dalam penyusuan ibu, kita mengamalkan konsep permintaan dan bekalan. Maksudnya di sini adalah lebih banyak anda susukan bayi dan, lebih banyak susu akan terhasil. Semasa di dalam pantang juga kita dinasihatkan untuk kerap pam air susu untuk mengosongkan Cik B dan air susu yang baru akan secara automatik akan terhasil dengan lebih cepat. 

Kalau dilihat, konsep Supply dan Demand ini adalah seperti apabila kita mengepam tandas kita. Kenapa saya ibaratkan seperti mengepam tandas? Ini adalah kerana apabila kita mengepam tandas, air di tandas akan terisi secara automatik. Sama juga dengan air susu kita. Sebaik dikosongkan, air susu akan terhasil dengan lebih banyak dan kerap. 

Bagi Emy, saya akan memulakan proses mengepam air susu seawal seminggu berpantang. Ini adalah bagi memastikan penghasilan air susu akan lebih kerap dan banyak. Jadi ibu-ibu yang nak banyakkan air susu kena pastikan mengepam seawal yang boleh dan BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH untuk menggantikan air yang hilang dalam badan.

Bagaimana untuk banyakkan air susu badan

Untuk membanyakkan air susu ibu, paling utama ibu-ibu harus ingat adalah untuk setkan minda kita bahawa air susu kita banyak dan tidak kurang. Walaupun pada ketika itu kita lihat air susu kita hanya sedikit, namun jangan langsung mengeluh. Semasa Emy mula-mula pam, walaupun Cik B sangat keras namun paling tinggi Emy dapat adalah hanya 1oz sahaja. Namun Emy tidak mengeluh atau berputus asa. Emy teruskan mengepam dan menyusukan anak. 

Kemudian, ibu-ibu juga harus memastikan anda mengambil air putih suam secukupnya. Ini adalah kerana apabila kita mengepam air susu, air akan keluar dari badan kita. Jadi adalah penting untuk memastikan kita mengambil air putih suam secukupnya.

Ibu-ibu juga boleh mencuba pelbagai jenis tips yang saya kongsikan untuk banyakkan air susu. Perlu diingat bahawa MILK BOOSTER tiap orang adalah berbeza. Ada ibu yang langsung tidak memerlukan sebarang makanan tambahan atau supplement untuk banyakkan air susu. Tetapi ada juga yang memerlukan pelbagai jenis MILK BOOSTER untuk banyakkan air susu. 

Dalam tempoh berpantang ini, Emy mengambil Alfalfa (Banyakkan air susu), Energizing Soy Protein (Pekatkan air susu), Vitamin c (Imun badan), dan Vitalea (Berikan tenaga). Adalah penting untuk ibu mengambil makanan tambahan agar dapat menjayakan proses penyusuan ibu kerana apabila badan terasa lemas dan tidak bermaya, bagaimana untuk susukan anak, betul tak?

Semoga berjaya buat semua ibu-ibu. Niat untuk menyusukan bayi sememangnya sesuatu yang sangat mulia dan perlukan keazaman yang tinggi. Pastikan suami dan keluarga anda memberikan sokongan kepada anda untuk menyusukan bayi anda. Dapatkan info mengenai penyusuan ibu di klinik ibu berdekatan atau laman web sahaja. Insyallah anda pasti boleh. 

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai susu ibu atau ingin mencuba produk shaklee, bolehlah anda hubungi Emy ditalian 014-3643214 atau wassap sahaja pun boleh. Terima kasih kerana kesudian untuk membaca. Semoga memberi manfaat kepada anda semua. 

Shaklee Tuaran
Shaklee Putatan
931613
0143643214