Monday 16 October 2017

Kenapa bayi kerap menangis malam?

Assalamua'laikum. Salam sejahtera. Haa anak siapala yang bertuah sungguh tu? Suka nangis malam-malam tu. Jangan risau ibu. Anda tidak bersendirian. Sebab Emy sendiri pernah alaminya.

Semasa melahirkan anak kedua, emy merasakan sangat-sangat penat dan seolah dunia tidak adil pada Emy. Hehe, iman xkuat lagi. Ni semua sebab anak kedua Emy suka menangis, merengek, mudah terjaga bila tidur, tiap malam akan bangun melalak sampai berjam-jam lamanya. Allahu. Penat.

Jumpa doktor sampai doktor bagi ubat colimix. Alasan supaya baby tidur lebih lena. Katanya baby merengek sebab kurang tidur. Awak pun bagila masa tu. Takda juga pekdahnya. Tambah worse 😅😅😅

Tapi ibu-ibu jangan risau. Tujuan post ni ditulis adalah untuk memberikan semangat dan tipa macamana untuk hadapi anak 'emas' ni hehe.

* Periksa perut bayi anda. Pastikan tidak keras dan bayi tidak alami kembung. Jika kembung, sapu dengan minyak urut Yu Yi atau Telon ataupun minyak kayu putih. Jika berterusan sakit, bawalah berjumpa dengan doktor. Ibu yang menyusukan bole mencuba makan Peppermint Ginger dan kemudian akan dipindahkan melalui air susu.

* Balut anak sekurang-kurangnya dari dada hingga ke bawah untuk mengelak bayi anda mudah terkejut dan menangis.

* Dodoi anak dengan zikir harian atau melodi yang lembut.

* Sekiranya anda seorang Muslim, pastikan sebelum Maghrib, anda menutup semua pintu dan tingkap di rumah. Jangab lupa baca Bismillah dan berdoa semoga dijauhkan dari gangguan syaitan.

* Pasang ayat Ruqyah setiap malam kerana mata kita tidak mampu melihat benda yang halus. Sekurang-kurangnya dapat terhindar dari gangguan Syaitan.

* Minta bantuan ahli keluarga atau suami untuk membantu menguruskan anak yang kerap menangis.

Ingatlah para ibu sekalian. Pengambilan vitamin semasa dalam pantang juga penting bagi memastikan anak anda mendapat zat dan tenaga yang mencukupi. Para ibu juga memerlukan tenaga bagi menghadapi karenah anak.

Semoga post ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam menaikkan semangat para ibu. Akhir kata, jagalah anak kita, didikla dengan kasih sayang. Insyallah hanya yang terbaik buat mereka.