Saturday 26 September 2015

Review KK Burger Bakar




Assalam semua. Hari ini, Emy terasa mo bagi review sikit tentang KK Burger Bakar. Kelmarin, ibu Emy bawa Emy ke Austral Park untuk membeli barang bayi secara borong. Selepas selesai membeli beberapa barangan bayi, anak-anak mula membebel dan bagitau mereka mula lapar. Kebetulan sebelum masuk ke simpang rumah kedai selepas SHELL tu, mama Emy ada menegur tentang KK Burger Bakar. Katanya lama teringin mo makan burger bakar. Jadi Emy pun bawalah ibunda tercinta untuk menikmati juadah tengahari di sana.


Emy dan ibu telah memesan BB Burger bakar yang berharga RM9.90 sahaja, Cheesy Fries pada harga rm7 dan Onion Ring pada harga RM5 sebakul. 


Apabila order kami telah sampai, memang seperti yang telah diwar-warkan. Memang daging burger yang telah dibuat secara ekslusif untuk pelanggan sangat memuaskan hati. Dagingnya sangat lembut dan terasa adunan serbuk lada hitam beserta garam yang digaul rata bersama adunan daging. Malahan buat pertama kalinya, Emy berjaya habiskan satu burger seorang diri tanpa berkongsi hehehe. 



Sekiranya anda tercari-cari lokasi untuk makan burger bakar enak, masukkan KK BURGER BAKAR dalam senarai tempat makan yang ENAK!! Anda pasti tidak menyesal dengan harga dan layanan yang ditawarkan di KK Burger Bakar. 


Psst, semasa saya tengah enak menikmati hidangan lazat saya, pelanggan sebelah meja saya telah memesan MEATBALL with fries. Subhanallah saya tengok pun terliur. Terbayang-bayang Meatball IKEA. Jadi KK BURGER BAKAR, nantikan kunjungan Emy buat kali kedua dan seterusnya. 

Image result for kk burger bakar new meatball * kredit picture to KK BURGER BAKAR

Terima Kasih. Assalamua'laikum.




Tercari-cari produk Shaklee? Hubungi Emy di talian 014-3643214.


Shaklee Tuaran
Shaklee Putatan
ID 931613
014-3643214

Thursday 10 September 2015

Punca gangguan tidur

Assalam semua. Kemarin emy ada share mengenai gangguan tidur ketika hamil. Harini pula emy mo share mengenai punca gangguan tidur ni. Ada sesetengah orang sukar untuk tidur. Kadangkala bole menyebabkan insomia. Jd bagaimana untuk mengatasinya? Jom jemput baca.

Punca gangguan tidur :

* STRESS          
Tekanan di tempat kerja boleh menyebabkan stress yang melampau. Tidak kurang juga dengan masalah bos di tempat kerja, atau masalah keluarga yang mana bole mengganggu tidur yang lena. Ada yang menganggap merokok dan minum alkohol boleh membantu melegakan stress namun ianya adalah salah.

* TIDUR TIDAK TERATUR
Disebabkan sering mengejar masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan, kadangkala kita mengabaikan waktu tidur kita. Penukaran waktu tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan rutin tidur anda terganggu. Disebabkan itulah anda akan berasa sukar untuk tidur pada waktu malam.

* KEADAAN KESIHATAN
Gangguan tidur bukan sahaja disebabkan oleh stress atau pola tidur yang berubah. Tetapi faktor kesihatan juga mempengaruhi waktu tidur yang lena. Contohnya rasa berdebar-debar atau cemas serta kekurangan kalium dalam badan boleh menyebabkan tidur terganggu.

* PENYAKIT DAN UBAT-UBATAN
Bagi mereka yang menghidap penyakit seperti halusinasi atau depresi, kerap kali mereka akan menghadapi masalah untuk tidur. Selalu doktor akan menyarankan pengambilan ubat tidur pada kadar yang ditetapkan. Namun masalah ini tidak akan selesai sekiranya kita tidak mampu mengawal kesihatan sendiri.



Cara atasi gangguan tidur :

* AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.
* MINUM SEGELAS SUSU SEBELUM TIDUR.
* MENGAMBIL VITAMIN HARIAN.
* MANDI AIR SUAM SEBELUM TIDUR.
* JANGAN SUKA MEMIKIRKAN MASALAH SEBELUM TIDUR.
* SENTIASA BERSOLAT DAN BERZIKIR BAGI YANG MUSLIM.
* HINDARI ROKOK DAN ALKOHOL.
* BERSENAM.
* FIKIRKAN CARA LAIN UNTUK KAWAL STRESS SEPERTI MEMBACA, BERJALAN-JALAN ATAU MAIN VIDEO GAMES.


Sebenarnya setiap manusia tidak lari dari masalah. Namun bagaimana kita atasi dan mengawal masalah itu bergantung pada diri kita sendiri. Janganla mudah mengalah dalam apa jua yang kita lakukan. Sentiasa yakin pada Allah dan diri sendiri. Bagi emy sendiri jika mula stress, emy akan telan 2biji b complex bagi membantu meredakan stress. Untuk mendapat tidur yang berkualiti pula emy memilih untuk mengambil ostematrix.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee, anda bolelah hubungi saya di talian 0143643214. Terima kasih.


SHAKLEE TUARAN
SHAKLEE PUTATAN
931613
0143643214

Wednesday 9 September 2015

Shaklee adalah MLM?

Assalamua'laikum semua. Haaa ada yang terkejut bila dapat tahu yang shaklee adalah MLM atau "multi level marketing". Apa maksudnya sini? Ertinya shaklee pun amalkan skim piramid haram? Jom jemput baca dulu.

Emy diperkenalkan dengan shaklee semasa menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Anak-anak demam tak sudah. Emy gastrik sampai kena drip selama seminggu dan di masukkan ubat penahan sakit. Masalah tidak berhenti malahan bertambah. Jadi Emy ambil shaklee. Alhamdulillah berhasil.

Selepas beberapa bulan, Emy diperkenalkan dengan shaklee oleh upline Emy Noor Azline Binti Ishak. Dia register kan shaklee. Mula-mula malas nak join sebab tahu konsep MLM ni banyak menipu. Nak kena labur duitla, cari downlinela dan sebagainya. Tetapi sebaliknya berlaku.

Bulan pertama sharing tentang produk di facebook, income pertama Emy rm78 walaupun berbaki 5hari sahaja sebelum closing, iaitu tiap hujung bulan. Emy terkejut. "Aku buat sikit je pun tapi dapat gini. Macam best je". Pastu Emy mula bertanya pada upline dan leaders yang dah berjaya. Dorg tak lokek ilmu okay. Best sangat!!

Kitorang belajar kadang guna webinar, wassap, kelas yang dikendalikan oleh shaklee sendiri, atau pegi je terjah rumah leaders yang ada. Apa-apa persoalan dijamin bole tanya. Emy mula nak cari duit lebih. Kalau Emy usaha lebih, banyakla Emy dapat.

Kemudian orang mula bertanya nak join sekaki buat shaklee sebab Emy selalu kongsi di fb harimau mengaum setiap 15haribulan. Sapa nak bagi duit free tengah bulan sesak. Hehe. Jadi Emy bantu "downline" Emy. Dan downline Emy juga bebas untuk bertanya kepada leaders yang ada tentang persoalan mengenai shaklee.

Yang tentang kena buat loan baru dapat income beribu tu Emy sangkal. Sebabnya Emy sendiri pernah mendapat income beribu tanpa perlu buat loan. Hanya perlu kongsi kebaikan shaklee dan bila orang berminat orang akan cari Emy. Setiap bulan memang macam tu. Jadi takda istilah kena buat loan barula bole maju. Emy akan berusaha untuk berkongsi manfaat produk dan orang berminat untuk membeli.

Ada sesetengah 'MLM' tidak memerlukan kita menjual produk. Hanya perlu menaja boleh dapat wang. Tetapi dengan shaklee, bagaimana kita mampu beroleh wang adalah melalui penjualan produk. Jadi dari segi Islam, ia adalah halal kerana melibatkan produk. Tiada keraguaan dalam shaklee, insyallah. Donald trump sendiri pun telah memilih MLM untuk memperluaskan bisnes beliau kerana sistem MLM adalah sangat mudah untuk disebarkan.



Diharap dengan penjelasan yang sedikit ini mampu memberi gambaran yang jelas mengenai shaklee. Setakat ini, Emy sangat bersyukur mengenali shaklee kerana apabila kami berada di dalam grup, kami berkongsi segala permasalahan. Malahan kami sering diingatkan untuk bersolat, zikir, sedekah, mengaji dan banyak lagi untuk berjaya. Jom buat shaklee.

Hubungi saya Emy Ashura sebagai pengedar sah shaklee anda. Wassap saya di talian 0143643214 untuk info lanjut. Terima kasih.

SHAKLEE TUARAN
SHAKLEE PUTATAN
931613
0143643214

Rawatan gegata



Assalam semua. Nah sapa pernah kena gegata? Merana sungguh jika terkena gegata ni. Baru-baru ni anak pertama emy terkena serangan gegata ni. Bermula dari kaki, kemudian dia garu habis satu badan penuh kena. Macamana hendak elak? Apa penyebab? Jom jemput baca entry emy kalini.

Apakah itu gegata?
Pelbagai gelaran untuk gegata ni. Org semenanjung ada yang panggil gata-gata, ada panggil geligata, ada panggil lapar garam. Apapun panggilan nya, basic nya tetap sama. Bila kena memang gatal habis.

Macamana rupanya gegata?
Ni merupakan gegata yang anak emy kena tu. Makin digaru makin bengkak dan merebak. Kesian kalau anak kecil yang kena. Nak larang garu memang tak dapat.












Bagaimana gegata boleh timbul?
Masa anak kedua kena serang, emy banyak dapatkan info tentang gegata. Penyebab utama gegata adalah kerana masalah imun badan yang menurun.

Bagaimana merawatnya?
Masa anak kedua dulu kena, emy pernah bawa ke klinik. Tapi doc bagi ubat selsema sahaja. Tujuan untuk anak rasa mengantuk dan berhenti menggaru. Tetapi dengan bagi ubat selsema tidak merawat. Jadi emy tanya doktor tempat lain. Katanya bagi vitamin c setiap hari untuk tingkatkan imun badan.


Kemudian emy sapu cream serbaguna dari shaklee herbal blend untuk mengurangkan bengkak dan gatal. Setiap kali tumbuh bengkak yang baru, emy akan sapu cream tu. Nanti selepas beberapa minit memang bengkak akan surut.

Emy juga bagi nutriferon untuk meningkatkan imun badan anak. Sepaket sahaja sehari untuk imun badan. Alhamdulillah emy nampak peningkatan dan masalah gegata makin berkurang. Emy tidak henti berikan vitamin c. Emy masih berikan walaupun gegata berkurang.


Sekiranya anak anda juga menghadapi masalah gegata ini, anda bolehlah mencuba untuk memberikan vitamin c dan herbal blend shaklee. Jika ada duit lebih, nutriferon juga sangat bagus jika diberikan. Tiada salah kita mencuba untuk kesihatan anak.

Penghantaran barang shaklee secara percuma dari tuaran hingga putatan. Dapatkan juga konsultasi percuma selepas membeli dengan saya. Dijamin produk shaklee sangat berkesan. Terima kasih di atas kesudian anda membaca.


Shaklee Tuaran
Shaklee Putatan
931613
0143643214

Tuesday 8 September 2015

Tips Elak Gangguan Tidur Ketika Hamil

Assalamua'laikum semua. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Emy.. Alhamdulillah harini Emy nak kongsi tips untuk mengelak gangguan tidur ketika hamil. Emy tahu mesti ramai ibu yang sedang hamil mengalami masalah untuk tidur malam kan? Jom jemput baca sekejap..



→ Elakkan pengambilan cafein.
Sesetengah wanita hamil ketagih minum minuman yang mengandungi cafein seperti kopi, teh, minuman berkarbonat dan juga coklat. Namun pengambilannya harus dihadkan. Sebaiknya elak pengambilan minuman bercafein ini pada waktu lewat petang.

→ Elakkan mengambil makanan berat dan pedas sebelum tidur.
Pengambilan makanan pedas dan mengandungi asid seperti tomato ketika hamil boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman dan pedih ulu hati. Begitu juga dengan makanan berat. Ambillah buah-buahan seperti epal atau pear dia jam selepas pengambilan makanan berat dan pedas untuk mempercepatkan penghadaman.

→ Pengambilan makanan ringan sebelum tidur untuk elak muntah.
Sekiranya ibu hamil mengalami muntah dan loya sepanjang tempoh awal kehamilan, pengambilan biskut atau oat boleh membantu menghadapi masalah muntah ini. Pengambilan biskut sebelum tidur dibolehkan untuk ibu hamil.

→ Jaga pemakanan dan minuman harian anda.
Tabiat merokok dan meminum arak ketika hamil adalah dilarang sama sekali ketika hamil. Kandungan nikotin dan alkohol boleh menjejaskan kandungan dan mengganggu sistem tidur anda ketika malam. Sebaiknya jika anda mempunyai suami yang merokok, suruhlah mereka merokok jauh dari anda ataupun berhenti merokok terus.

→ Elakkan bersenam sehingga lewat petang.
Sekiranya anda suka untuk bersenam ketika hamil, pilih waktu yang bersesuaian seperti pada awal pagi. Bersenam ketika lewat petang kadangkala boleh mengganggu sistem tidur anda ketika malam.

→ Pengambilan susu sebelum tidur.
Bagi ibu mengandung, meminum susu sebelum tidur bukan sahaja membantu untuk tidur yang lena. Malahan susu memberikan sumber kalsium yang penting kepada tubuh badan. Namun jika anda tidak mampu untuk minum susu, bolehlah mencuba ostematrix dari shaklee. Ia kaya dengan kalsium dan membantu dalam proses tidur yang lena, mengelakkan kekejangan dan mengelak sembelit.


→  Mandi air suam.
Ramai tidak mengetahui bahawa mandi air suam sebelum tidur boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang lena. Sebab itulah ibu hamil di galakkan untuk mandi menggunakan air suam sebelum tidur.

Bagi Emy sendiri, pengambilan vitamin ketika hamil sangat penting. Terutama sekali ostematrix shaklee. Sekiranya anda mempunyai persoalan, bolehlah komen di bawah ataupun wassap saya di talian 014-3643214. Terima kasih di atas kesudiaan untuk membaca. Assalam.


SHAKLEE PUTATAN
SHAKLEE TUARAN
931613
014-3643214