Friday 21 August 2015

Elak muka nampak tua dari usia

Assalam dan selamat petang. Alhamdulillah arini tiba-tiba rasa mo kongsi cara macam mana mo elak nampak tua dari usia. Ha mesti adakan yang alami masalah nampak tua dari usia sebenar? Mesti geram bila dengar orang fikir kita lagi tua dari kakak kita atau ibu kita kan? Ha jom baca entry Emy kali ini.



Faktor menampakkan muka lebih tua dari usia.

√ Pemakaian Make up yang terlalu tebal
Kadangkala apabila kita memakai make up yang terlalu tebal bole menyebabkan wajah kita nampak tua dari usia sebenar. Cukupla sekadar memakai bedas tipis atau conceilar untuk menutup ruang pori muka yang kelihatan.

√ Pemakaian warna ginju bibir yang salah
Tahukah anda pemakaian ginju bibir juga harus bersesuaian dengan usia dan warna kulit kita. Biasanya apabila memakai warna ginju yang garang akan menampakkan usia kita lebih berusia.

√ Kurang pengambilan air
Apabila kita kurang minum air, kulit kita akan kering. Disebabkan itulah wajah kita boleh nampak lebih tua dari usia kita apabila kulit terlalu kering.

√ Terlalu kerap tidur atau berada di dalam bilik penghawa dingin
Ramai yang tidak menyedari apabila berada di dalam bilik yang berhawa dingin mampu mengeringkan kulit kita. Disebabkan itula mengapa penting untuk mengambil air secukupnya dan memakai pelembab di muka dan badan. Atau jika boleh, hanya siang hari kita berhawa dingin. Apabila hendak tidur biarlah berkipas sahaja.

√ Jangan mudah marah
Perasaan marah atau bermasam muka bole membuatkan wajah kita nampak tua dari usia sebenar. Apa salahnya jika setiap hari kita senyum dan ceria-ceria sahaja terutama di pejabat. Bukan sahaja boleh menjadikan wajah nampak lebih manis namun boleh dapat pahala percuma juga.

√ Kerap mengambil air wudhuk
Bagi muslim, kita digalakkan untuk sentiasa dalam wuduk. Apabila kita menjaga wudhuk kita, insyallah sinar cahaya akan terpancar dari wajah. Tetapi janganlah ambil air wudhuk tetapi tidak solat langsung hehe. Bersolatlah juga.

√ Mengambil vitamin yang bersesuaian
Pengambilan vitamin setiap hari mampu membantu untuk mengelakkan wajah nampak tua dari usia. Contohnya pengambilan vitamin c shaklee mampu membentuk kolagen untuk menegangkan muka, mengecilkan pori dan memberikan cahaya 'glowing' di muka. Jika ada duit lebih bolelah mengambil collagen shaklee. Lagi cepat kesan pada kulit.



Bagi emy sendiri, emy memang mengamalkan pengambilan vitamin setiap hari. Vitamin ini membantu tubuh emy mendapat nutrien yang diperlukan oleh badan. Kadangkala skala pemakanan kita bukanlah sihat sangat. Pengambilan gula yang melampau setiap hari, garam, teh dan sebagainya bukanlah elok sangat. Jadi mengambil vitamin dari awal mampu membantu kita tidak nampak tua dari usia.

Jika anda memerlukan khidmat nasihat mengenai produk shaklee, bolelah wassap emy di talian 014-3643214. Penghantaran percuma dari tuaran ke putatan dan konsultasi juga percuma untuk pelanggan Emy. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry emy.



Shaklee Tuaran
Shaklee Putatan
014-3643214
931613

No comments:

Post a Comment