Tuesday 8 September 2015

Tips Elak Gangguan Tidur Ketika Hamil

Assalamua'laikum semua. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Emy.. Alhamdulillah harini Emy nak kongsi tips untuk mengelak gangguan tidur ketika hamil. Emy tahu mesti ramai ibu yang sedang hamil mengalami masalah untuk tidur malam kan? Jom jemput baca sekejap..



→ Elakkan pengambilan cafein.
Sesetengah wanita hamil ketagih minum minuman yang mengandungi cafein seperti kopi, teh, minuman berkarbonat dan juga coklat. Namun pengambilannya harus dihadkan. Sebaiknya elak pengambilan minuman bercafein ini pada waktu lewat petang.

→ Elakkan mengambil makanan berat dan pedas sebelum tidur.
Pengambilan makanan pedas dan mengandungi asid seperti tomato ketika hamil boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman dan pedih ulu hati. Begitu juga dengan makanan berat. Ambillah buah-buahan seperti epal atau pear dia jam selepas pengambilan makanan berat dan pedas untuk mempercepatkan penghadaman.

→ Pengambilan makanan ringan sebelum tidur untuk elak muntah.
Sekiranya ibu hamil mengalami muntah dan loya sepanjang tempoh awal kehamilan, pengambilan biskut atau oat boleh membantu menghadapi masalah muntah ini. Pengambilan biskut sebelum tidur dibolehkan untuk ibu hamil.

→ Jaga pemakanan dan minuman harian anda.
Tabiat merokok dan meminum arak ketika hamil adalah dilarang sama sekali ketika hamil. Kandungan nikotin dan alkohol boleh menjejaskan kandungan dan mengganggu sistem tidur anda ketika malam. Sebaiknya jika anda mempunyai suami yang merokok, suruhlah mereka merokok jauh dari anda ataupun berhenti merokok terus.

→ Elakkan bersenam sehingga lewat petang.
Sekiranya anda suka untuk bersenam ketika hamil, pilih waktu yang bersesuaian seperti pada awal pagi. Bersenam ketika lewat petang kadangkala boleh mengganggu sistem tidur anda ketika malam.

→ Pengambilan susu sebelum tidur.
Bagi ibu mengandung, meminum susu sebelum tidur bukan sahaja membantu untuk tidur yang lena. Malahan susu memberikan sumber kalsium yang penting kepada tubuh badan. Namun jika anda tidak mampu untuk minum susu, bolehlah mencuba ostematrix dari shaklee. Ia kaya dengan kalsium dan membantu dalam proses tidur yang lena, mengelakkan kekejangan dan mengelak sembelit.


→  Mandi air suam.
Ramai tidak mengetahui bahawa mandi air suam sebelum tidur boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang lena. Sebab itulah ibu hamil di galakkan untuk mandi menggunakan air suam sebelum tidur.

Bagi Emy sendiri, pengambilan vitamin ketika hamil sangat penting. Terutama sekali ostematrix shaklee. Sekiranya anda mempunyai persoalan, bolehlah komen di bawah ataupun wassap saya di talian 014-3643214. Terima kasih di atas kesudiaan untuk membaca. Assalam.


SHAKLEE PUTATAN
SHAKLEE TUARAN
931613
014-3643214

No comments:

Post a Comment