Sunday 11 January 2015

Tips anak yang pertama kali ke sekolah

Assalamua'laikum. Mesti ramai anak2 yang memulakan sesi persekolahan pada arini 12 januari 2015 kan? Ini termasuklah anak Emy sendiri. Memang menjadi kebiasaan untuk para ibu anak2 yang pertama kali ke sekolah pasti akan menangis apabila berenggang dengan ibu buat pertama kali, terutama jika ibu adalah suri rumah sepenuh masa. 

Untuk Emy, ada 2orang anak Emy yang memulakan sesi persekolah tahun 2015. Yang berumur 6 tahun dan 5 tahun bersekolah sekali bersama2. Sebelum ni, Anak Pertama Emy memang tidak berminat dengan sekolah. Emy sendiri tidak pasti mengapa tetapi gerak hati Emy mengatakan kemungkinan anak pertama tidak berminat untuk bersekolah kerana di rumah dia boleh bebas melakukan apa sahaja. well, budakkan. Memang akan ada yang suka dan tidak suka untuk ke sekolah. 

Harini, Emy Nak kongsi dengan para ibu dan ayah tips untuk anak2 yang ingin ke sekolah. Bagi Emy tips ni penting untuk memberi gambaran kepada ibu bapa mengenai situasi sekolah. Semoga memberi manfaat kepada semua, Insyallah.

1) JANGAN DEDAHKAN NAMA SEKOLAH ANAK
Ramai ibu ayah yang terlepas pandang bab ini. Sekarang ramai yang suka update di status facebook ke mana mereka pergi dan ke mana anak sekolah. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa perbuatan ini sangat bahaya untuk anak2 kerana kita tidak kenal siapa kawan atau musuh kita yang sebenar. Maka, jangan dedahkan NAMA SEKOLAH ANAK ANDA.

2) KELUAR AWAL DARI RUMAH
Kebanyakan anak2 masih mempunyai rutin lama yang kerap bangun lewat dan mandi lewat. Jadi bagi anak2 yang selalu lambat bangun, Ibu atau Ayah harus mengambil tugas bangunkan anak perlahan2 lebih awal sekurang2nya 2jam sebelum waktu persekolahan (Jika sekolah dekat).

3) KENALPASTI LALULINTAS KAWASAN PERSEKOLAHAN 
Bagi ibu ayah yang bekerja, anda harus memastikan lalulintas kawasan persekolah anak. Ini bagi memudahkan ibu ayah atur masa untuk menghantar anak ke sekolah dan ke Tempat kerja.

4) SEDIAKAN BEKAL MAKANAN DAN MINUMAN
Bagi anak2 kecil yang baru bermula untuk ke sekolah, bawakan bekal makanan dan minuman untuk anak2. Ini bagi mengelak anak2 terkejut dengan budaya makanan di luar dan biarlah perlahan2 diperkenalkan makanan di kantin sekolah. 

5) PASTIKAN BARANG SEKOLAH SUDAH SEDIA DARI MALAM
Latih anak2 untuk menyediakan barang sekolah mereka pada malam hari. Ini bagi mengelakkan anak2 berkelam kabut untuk ke sekolah terutama pada hari pertama sekolah. 

6) JANGAN BIASAKAN JANJI UNTUK MEMBELI APA2
Kesalahan utama ibu atau ayah adalah berjanji dengan anak2 yang ke sekolah akan beli apa2 makanan atau mainan untuk mereka. Bukan kerana mampu atau tidak tetapi mengajar anak untuk mendapatkan balasan bagi perbuatan mereka. contohnya berjanji belikan aiskrim jika ke sekolah. Itu merupakan REWARD untuk anak yang berjaya ke sekolah pada hari pertama mereka. 

7) JANGAN TERUS PULANG SELEPAS HANTAR ANAK KE SEKOLAH
Pastikan selepas hantar anak ke sekolah, Ibu atau Ayah jangan langsung pulang. pastikan hari pertama anda menunggu anak walaupun hanya di luar sekolah. Jangan tunjukkan muka anda juga kepada mereka. 


Menghantar anak ke sekolah buat pertama kali memang agak sukar. Namun kita sebagai ibu atau ayah harus kuatkan hati demi anak2. Bukannya kita hendak hantar anak ke medan tempur, kan? hehe. Tips yang pertama sangat penting dan haruslah setiap ibu atau ayah jangan dedahkan keberadaan anak2. Ini adalah untuk keselamatan anak kita sendiri juga. Emy berharap dengan entry Emy kalini boleh memberikan gambaran ringkas kepada ibu ayah apa yang harus dilakukan bagi mengelakkan masalah atau kerumitan. hehe. selamat BERSEKOLAH!!!




SHAKLEE TUARAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
931613
014-3643214

2 comments: