Thursday 1 January 2015

Petua Tradisional Rambut Gugur

Assalamua'laikum. alhamdulillah.. Pagi nan indah, jumaat  Emy berjaya luangkan masa sekejap untuk membuat entry yang baru.. tajuk harini ialah PETUA TRADISIONAL UNTUK RAMBUT GUGUR..

bagi wanita, rambut gugur selepas bersalin sgt menggerunkan. Kadang² slpas sikat, rambut di tangan atau sisir memang banyak. Baik lelaki mahupun wanita, rambut gugur sering melanda. Ok, emy ada petua tradisional. Nak tahu? Jom baca.

Sebelum itu, tahukan ada punca rambut gugur? Ada yang mengatakan masalah datang dari syampu yang salah, tetapi sebenarnya masalah hormon juga yang menyebabkan rambut gugur.




PUNCA RAMBUT GUGUR


1) Penyakit Tiroid
Tahukah anda Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh sebabkan rambut gugur? Kebanyakan wanita selepas bersalin tidak sedar perubahan hormon mereka telah menyebabkan kelenjar tiroid aktif atau pasif. Perubahan ini boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Disebabkan itulah wanita paling kerap mengalami masalah rambut gugur selepas bersalin.



2) Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

Amalan pengambilan diet yang tidak seimbang spt tidak mengambil sumber protein yang secukupnya atau tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh mengundang kepada masalah keguguran rambut yang teruk.


3) Stress
Tidak kira lelaki mahupun wanita, kadar stress yang tinggi boleh menyebabkan rambut gugur. Oleh itu, anda digalakkan melakukan senaman ringan setiap hari kerana perjalanan darah yang sihat boleh mengurangkan kadar stress anda. Di samping itu, anda juga boleh melakukan apa2 kegiatan yang mampu menenangkan fikiran anda seperti membaca, berkebun, bermain dengan anak2 atau bermain permainan video.


4) Ubat-ubatan
Sesetengah ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu.  Ubat² seperti masalah gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi atau ubat cairkan darah dan pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut. Namun setelah kita berhenti mengambil ubat² berikut, masalah keguguran rambut boleh dikurangkan. Kita boleh menggantikan atau menambah VITAMIN C dalam diet setiap hari kita bagi mengawal pengguguran rambut.


5) Selepas bersalin
Keguguran rambut selepas bersalin di alami oleh 40% wanita di dunia. Sebaik selepas kelahiran anak, rambut juga akan turut gugur dengan teruknya. 

6) Merokok
Kebanyakan perokok tidak mengetahui bahawa dengan merokok, kebanyakan organ dalam kita semakin rosak. Ini termasuklah masalah keguguran rambut yang paling teruk dengan kekerapan merokok. 

7) Bertukar Syampoo
Tabiat suka menukar² atau mencuba syampoo yang baru juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut yang teruk. Jika amalan bertukar syampoo tidak dihentikan, masalah keguguran rambut sukar dikawal.


PETUA TRADISIONAL MERAWAT RAMBUT GUGUR


5 sudu besar minyak zaitun
1 sudu serbuk kayu manis
2 biji telur
2 sudu madu lebah


Campurkan ke semua bahan di atas dan lumurkan ke seluruh rambut dan kulit kepala. Balut kepala anda dengan shower cap atau plastik. Jika tiada, boleh juga menggunakan tuala bersih. Biarkan bahan tersebut di rambut selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 minggu sekali.


CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR

→ Elakkan menyikat rambut ketika masih basah kerana apabila rambut anda basah, ia sangat mudah putus.

→ Elakkan atau hadkan penggunaan bahan kimia ke atas rambut yang boleh merosakkan lagi rambut

→ Penggunaan Syampoo yang bersesuaian dengan rambut anda dan jangan suka bertukar2 jenis syampoo.

→ Makan makanan yang tinggi protein dan vitamin c bagi menguatkan rambut anda.

→ Elakkan mengikat rambut terlalu ketat setiap hari.

→ Elakkan penggunaan kerap air panas ketika bersyampoo.

→ Potong rambut anda pendek apabila kadar pengguguran tidak berkurang.

→ Orang dulu-dulu juga kerap menginaikan rambut mereka. Inai rambut boleh membantu menguatkan akar rambut kita. 

→ Penggunaan minyak kelapa dara boleh membantu menambah bilangan rambut kita. Sebab itula kenapa ibu-ibu zaman dulu kerap menyapu minyak kelapa d rambut bayi baru lahir bagi menggalakkan pertumbuhan rambut baru. 

Namun, sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk melakukan kaedah di atas atau tidak suka dengan perkara meremehkan, anda boleh mencuba produk shaklee yang terbukti mampu membantu mengawal keguguran rambut. Terdapat juga pelanggan emy yang berjaya mengurangkan masalah keguguran rambut selepas pengambilan selama sebulan produk shaklee. Terdapat beberapa produk yang Emy boleh syorkan bagi membantu mengurangkan gejala rambut gugur ini. Wassap emy di talian 0143643214 untuk keterangan lanjut. Terima kasih. 


Shaklee Tuaran
Shaklee putatan
931613
014-3643214


No comments:

Post a Comment