Saturday 31 January 2015

Kebaikan susu ibu

Assalam semua. Ha bila ada masa nak update blog, Emy xkan lepaskan peluang yang ada dengan sia-sia. Hehe. Alhamdulillah harini anak-anak pun tidur awal. Jadi Emy ada kesempatan sekejap untuk menulis entry terbaru.

Entry kalini adalah mengenai kebaikan susu ibu. Alhamdulillah tahniah kepada ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak anda. Bagi yang belum berjaya, jangan berputus asa. Teruskan mencuba sehingga anda berjaya. Ingat, tiada yang mudah dan mustahil untuk Mencapai sesuatu yang indah. Bagi ibu yang sedang mengandung, tanamkan impian untuk menyusukan anak anda dari lahir sehingga berusia 2tahun. Anda pasti boleh.

Berbalik kepada kebaikan susu ibu, Emy ingin kongsikan beberapa kebaikan susu ibu bagi membantu ibu-ibu membuka mata dan membuat keputusan yang bijak untuk menyusukan anak.

> JIMAT
Tahukah anda dengan menyusukan anak anda, anda mampu berjimat daripada membeli susu formula? Walaupun anda seorang yang berkemampuan, namun ketahuila bahawa harga untuk susu ibu adalah sangat tidak ternilai.

> IMUN BADAN
Ketika bayi baru lahir, mereka mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Antaranya seperti selsema, batuk, demam dan cirit birit. Bagi mengatasi penyakit ini, pemberian susu ibu dapat membantu bayi meningkatkan imun badan mereka.

> MUDAH DIURUS
Susu ibu adalah sangat mudah diurus. Bayangkan anda ingin bercuti bersama keluarga dan bayi kecil anda. Anda harus membawa termos air, bekas susu, botol susu, pencuci botol dan sebagainya. Namun jika anda menyusukan anak anda dengan susu ibu, anda hanya perlu pastikan ibunya dibawa bersama hehe.

> SUMBER KALSIUM
Tahukah anda anak mendapat kalsium dari air susu yang mengalir dari tubuh seorang ibu? Kebanyakan bayi yang menyusu susu ibu badan mereka lebih keras berbanding susu formula.

> MENGELAK ASMA
Ramai yang tidak mengetahui mengenai perkara ini. Namun khabar gembira ini telah diberitahu oleh seorang doktor itu sendiri mengenai kebaikan susu ibu. Susu ibu mampu mengelakkan anak dari terkena jangkitan penyakit asma. (Suasana yang bersih)

> MENYEMBUHKAN JANGKITAN MATA
Semasa anak pertama dan kedua Emy berusia 5tahun dan 4tahun, mereka telah dijangkiti penyakit mata di mana taik mata tidak henti keluar dan mata mereka merah. Teringat petua orang tua-tua mengatakan air susu ibu sangat mustajab untuk sakit mata ini. Maka Emy pun mencuba untuk perah air susu dan menitiskan di kedua-dua belah mata anak-anak Emy. Tidak sampai 2hari, mata anak Emy sembuh.

> MEMBERI KETENANGAN
Bagi bayi yang baru lahir, adakalanya mereka mengalami masalah colic. Apabila seorang ibu menyusukan anak, bayi terasa lebih dekat dengan jantung ibu dan membuatkan bayi berasa lebih tenang. Jadi jangan heran apabila ada sesetengah anak yang suka mengempeng untuk menyusu yea. Hehe

> ANTI KANSER PAYUDARA
Kajian menunjukkan dengan menyusukan bayi anda mampu mengelakkan dari terkena jangkitan kanser payudara. Disebabkan itulah banyak badan-badan amal anti cancer menyarankan dan menyokong tindakan ibu untuk menyusukan anak mereka.

> BERAT KEMBALI KE ASAL
Adalah mudah untuk seorang ibu yang menyusukan anak mereka untuk mendapatkan tubuh badan seperti sebelum mengandung. Apabila kita menyusukan anak, zat-zat pada badan akan ditarik dan dibawa melalui air susu kita. Jadi amat mudah untuk ibu kembali ke berat asal.

> BISA SENGATAN
Dalam dua tahun yang lalu, ibu Emy telah disengat oleh seekor tebuan yang besar. Bisa sengatan tebuan memang diketahui umum sangat sakit dan menyebabkan berdenyut di kawasan sengatan. Ketika itu, Emy teringat untuk mencuba menyapu air susu Emy di kawasan sengatan tebuan tersebut. Amazingly, bisa tersebut hilang. Bagaimana caranya hilang Emy sendiri tidak tahu tetapi kuasa Allah memberikan kesembuhan melalui beberapa titis air susu ibu tersebut sangat mengejutkan. Alhamdulillah Emy tidak perlu bawa ibu Emy ke klinik.

Terdapat pelbagai lagi kebaikan susu ibu yang kadangkala kita tidak sedar. Bagi Emy, menyusukan anak adalah suatu kepuasan dan mengikat kasih sayang antara seorang ibu dan anak. Entry Emy bukan untuk menjatuhkan susu formula dan peminumnya. Maaf, tidak terlintas. Namun entry ini lebih kepada memberikan semangat kepada semua ibu-ibu untuk mencuba menyusukan anak anda.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan air susu, bolehla wassap emy di talian 0143643214 atau anda boleh baca entry Emy yang bertajuk tips banyakkan air susu. Di situ terdapat aturan bagaimana untuk banyakkan air susu ibu. Terimah kasih kerana kesudiaan membaca dan assalamua'laikum.

Shaklee tuaran
931613
0143643214

2 comments:

  1. Ya betul dari baby dalam rahim tanamkan hasrat untuk menyusukan bayi anda..insha allah ������

    ReplyDelete