Thursday 10 September 2015

Punca gangguan tidur

Assalam semua. Kemarin emy ada share mengenai gangguan tidur ketika hamil. Harini pula emy mo share mengenai punca gangguan tidur ni. Ada sesetengah orang sukar untuk tidur. Kadangkala bole menyebabkan insomia. Jd bagaimana untuk mengatasinya? Jom jemput baca.

Punca gangguan tidur :

* STRESS          
Tekanan di tempat kerja boleh menyebabkan stress yang melampau. Tidak kurang juga dengan masalah bos di tempat kerja, atau masalah keluarga yang mana bole mengganggu tidur yang lena. Ada yang menganggap merokok dan minum alkohol boleh membantu melegakan stress namun ianya adalah salah.

* TIDUR TIDAK TERATUR
Disebabkan sering mengejar masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan, kadangkala kita mengabaikan waktu tidur kita. Penukaran waktu tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan rutin tidur anda terganggu. Disebabkan itulah anda akan berasa sukar untuk tidur pada waktu malam.

* KEADAAN KESIHATAN
Gangguan tidur bukan sahaja disebabkan oleh stress atau pola tidur yang berubah. Tetapi faktor kesihatan juga mempengaruhi waktu tidur yang lena. Contohnya rasa berdebar-debar atau cemas serta kekurangan kalium dalam badan boleh menyebabkan tidur terganggu.

* PENYAKIT DAN UBAT-UBATAN
Bagi mereka yang menghidap penyakit seperti halusinasi atau depresi, kerap kali mereka akan menghadapi masalah untuk tidur. Selalu doktor akan menyarankan pengambilan ubat tidur pada kadar yang ditetapkan. Namun masalah ini tidak akan selesai sekiranya kita tidak mampu mengawal kesihatan sendiri.



Cara atasi gangguan tidur :

* AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.
* MINUM SEGELAS SUSU SEBELUM TIDUR.
* MENGAMBIL VITAMIN HARIAN.
* MANDI AIR SUAM SEBELUM TIDUR.
* JANGAN SUKA MEMIKIRKAN MASALAH SEBELUM TIDUR.
* SENTIASA BERSOLAT DAN BERZIKIR BAGI YANG MUSLIM.
* HINDARI ROKOK DAN ALKOHOL.
* BERSENAM.
* FIKIRKAN CARA LAIN UNTUK KAWAL STRESS SEPERTI MEMBACA, BERJALAN-JALAN ATAU MAIN VIDEO GAMES.


Sebenarnya setiap manusia tidak lari dari masalah. Namun bagaimana kita atasi dan mengawal masalah itu bergantung pada diri kita sendiri. Janganla mudah mengalah dalam apa jua yang kita lakukan. Sentiasa yakin pada Allah dan diri sendiri. Bagi emy sendiri jika mula stress, emy akan telan 2biji b complex bagi membantu meredakan stress. Untuk mendapat tidur yang berkualiti pula emy memilih untuk mengambil ostematrix.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee, anda bolelah hubungi saya di talian 0143643214. Terima kasih.


SHAKLEE TUARAN
SHAKLEE PUTATAN
931613
0143643214

No comments:

Post a Comment