Saturday 20 September 2014

mengawal demam anak

Assalamua'laikum. Arini emy nak kongsi sikit tentang info mengenai demam. Ada sesetengah ibu yang gemar mengambil ringan tentang demam anak. Namun, tahukah anda, pada usia anak di bawah setahun adalah tempoh bahaya untuk anak2 sekiranya diserang SAWAN??
Sawan atau epilepsi terjadi apabila suhu panas badan anak mencecah setinggi lebih 40℃ akibat tidak dikawal oleh penjaga dengan baik. Sawan ini menyerang anak2 kecil sehingga usia mereka 6 tahun namun ada juga anak yang sekali diserang sawan, sehingga dewasa pasti akan berlaku serangan sawan lagi. Disebabkan itulah, ramai ibu2 menyuruh untuk berjaga2 apabila anak diserang demam. Setiap demam anak jangan dipandang remeh.


Bagaimana mengawal suhu badan anak

Apabila anak2 diserang demam, ibu2 tidak harus panik. Adalah normal untuk anak2 diserang demam. Namun, setiap demam harus dirawat dan dikawal agar tidak terjadinya sawan. Perkara asas yang perlu dilakukan oleh ibu2 yang ingin merawat demam anak adalah :

* Monitor suhu badan anak setiap setengah jam. Pastikan selepas anak anda diberikan ubat demam, suhu badan anak turun perlahan2 dan tidak naik.
* Sekiranya badan anak mula panas, pastikan anda memberikan ubat paracetamol yang bersesuaian untuk anak anda dan pastikan diberikan pada setiap 4jam (sekiranya teruk), 6 jam atau 8jam sehari.
* Sentiasa menyimpan stok ubat supp pcm atau voren dalam peti ais anda sekiranya kecemasan pada tengah malam suhu badan anak naik mendadak..
* Bagi mengawal panas anak, pastikan penjaga rajin lap badan anak dengan air suhu bilik pada setiap bahagian berlipat anak anda. Contohnya seperti ketiak, leher, depan siku dan belakang lutut.
* Amalan menyapu daun bunga raya pada kepala anak juga adalah bagus kerana bunga raya bersifat sejuk. Jadi ianya dapat membantu untuk menurunkan suhu badan anak. Caranya mudah. Hanya ambil segumpal daun bunga raya beserta bunganya sedikit. Lumurkan pada air suhu bilik. Kemudian lumurkan di kepala anak terutama ubun2 anak yang demam. Sentiasa pastikan ubun anak tidak kering. Kerana semakin panas badan anak, semakin cepat kering rambut anak.
* Satu lagi petua mudah untuk menurunkan suhu badan anak anda adalah dengan melumurkan seluruh badan anak dengan perahan asam jawa.. Caranya sama seperti daun bunga raya, perhatikan betapa cepatnya asam jawa mengering akibat panas badan anak anda.
* Jika anak anda adalah baby di bawah usia 6 bulan, amalan menyapu kunyit hidup pada hidung bayi untuk menyembuhkan selsema juga boleh digunapakai.
* Terdapat juga petua menurunkan suhu badan dengan menguunakan bawang sahaja. Caranya adalah dengan memotong bawang merah dan bawang putih. Kemudian letakkan dalam bekas dan letak di setiap penjuru rumah. Ataupun meletakkan bawang dalam stokin dan pakaika stokin tersebut pada anak yang demam.

Setiap penjaga anak harus tahu suhu normal untuk setiap anak kerana setiap anak berbeza tahap suhu normal mereka. Ada sesetengah anak yang bersuhu 38℃ namun masi dianggap normal. Namun bagi anak emy sendiri, 37.5℃ adalah bererti anak emy demam. Jadi adalah penting untuk anda tahu berapakah suhu normal anak anda.
Setiap penjaga juga harus mempunyai termometer sendiri yang accurate atau tepat bagi memudahkan memeriksa suhu anak anda. Tidak kisah apapun brand atau jenama termometer anak anda. Hanya pastikan anda pandai menggnakan termometer tersebut dan kawal suhu badan anak anda.

Semoga perkongsian yang sedikit ini mampu memberikan info berguna kepada anda semua. Menjadi ibu tidakla susah sangat dan tidakla mudah sangat. Apapun chill selalu dan jangan mudah panik.

No comments:

Post a Comment