Monday 16 February 2015

Tips Bersihkan Telinga, Hidung dan Mulut Bayi

Assalamua'laikum. Alhamdulillah Emy terpanggil untuk menulis entry mengenai bagaimana cara untuk membersihkan telinga, hidung dan juga mulut bayi. Kebersihan bayi sangatla penting bagi menjamin kesihatan bayi itu. Namun, ibu atau bapa haruslah berhati-hati apabila membersihkan anggota badan bayi anda.

Berikut merupakan panduan atau cara bagaimana untuk membersihkan rongga badan bayi anda :

TELINGA

* Bahagian telinga sangat sensitif terhadap sebarang jenis aktiviti. Untuk bahagian cuping, gunakan tuala kecil yang lembut dan lembabkan dengan sedikit air. sapu perlahan di semua bahagian cuping. 
* Sekiranya di bahagian dalam telinga terlalu banyak taik telinga, segeralah bawa berjumpa doktor dan jangan mengorek telinga bayi anda sendiri. 
* Hanya bersihkan telinga anak anda di bahagian luar sahaja bukannya di dalam bagi mengelak masalah pada gegendang atau luka di dalam telinga.
* Elakkan menitis ubat atau air ke dalam telinga bayi anda melainkan disarankan oleh doktor sendiri. 
* Sekiranya terdapat kotoran kekuningan keluar dari telinga anak anda, jangan korek dengan menggunakan cotton buds tetapi bawalah anak anda berjumpa dengan doktor.

HIDUNG

* Gunakan tuala kecil yang dibasahkan sedikit (tetapi pastikan airnya diperah keluar) atau tisu basah dan lap di bahagian luar hidung bayi anda.
* Jika terlalu banyak hingus, anda boleh menggunakan penyedut khas bagi mengeluarkan kotoran di dalam hidung.
* Jangan menggunakan cotton buds untuk hidung anak anda kerana jika tersalah langkah, anda boleh mencederakan hidung bayi anda.
* Jangan gunakan kuku untuk membersihkan hidung bayi anda kerana ia boleh menyebabkan jangkitan pada bayi.


GUSI, LIDAH DAN GIGI
Image result for gambar gigi sihat

* Gunakan tuala kecil yang dibasahkan untuk membersihkan gusi, lidah dan gigi bayi selepas makan atau sebelum menidurkannya.
* Apabila giginya suda mula tumbuh, gunakan berus gigi khas untuk membersihkan giginya.
* Bawa anak anda berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali selepas umurnya setahun atau selepas giginya sudah bertambah banyak.
* Elakkan bayi anda tidur dengan botol susu masih di mulut.
* Elakkan memperkenalkan makanan manis atau gula-gula kepada anak anda. 
* Jangan beri minum minuman bergas kepada anak anda kerana minuman ini tinggi gulanya.
* Jaga gigi anak anda walaupun ianya hanya gigi susu kerana apabila anda mengajar anak anda untuk memberus dengan betul dan bersih, kelak apabila mereka membesar akan memudahkan mereka membersihkan gigi kerana sudah diajar dari awal.

Kadangkala kita mengambil remeh akan kebersihan anak-anak kita terutama apabila melibatkan gigi. Namun, sekiranya anda tidak menjaganya siapa lagi? Terapkan dari awal umur bayi anda menjaga kebersihan diri agar apabila mereka bersekolah nanti memudahkan mereka menilai yang mana kotor dan bersih. 

Tambahan pula, kebersihan diri merupakan tuntutan yang dituntut dalam Islam. Jadi jagala kebersihan anak anda bagi menjamin kesihatan yang lebih baik. Terima kasih kerana sudi membaca entry Emy pada kali ini. Insyallah akan ada lagi tajuk-tajuk entry beserta isi yang lebih bermanfaat buat semua. Assalam. 


Shaklee Tuaran
931613
0143643214

No comments:

Post a Comment