Monday 3 November 2014

Tips Rumahtangga Bahagia

Assalamua'laikum.. apa kabar semua? Emy harap semuanya sihat² di samping keluarga tersayang.. yelah.. mesti dah mula pilih shaklee kan sbg supplement utk membantu kekal sihat, cergas, awet muda kan.. hehe

Ok.. harini emy nak kongsikan sedikit info mengenai tips bagaiman nak rumahtangga anda bahagia insyallah hingga sampai jannah.. kenapa nak kongsi?? kalau ikutkan emy memang xlayakla nak kongsi lebey2 kan sebab emy baru 6tahun mendirikan rumahtangga.. hehehe.. tapi orang kata tips yang kita amalkan dalam kehidupan seharian boleh dikongsi buat semua rakan2 yg masih muda dalam perkhawinan..

Tips emy mudah je pun.. bagi emy ada beberapa perkara harus dititikberatkan oleh setiap pasangan suami isteri.. ha antara nya adalah :

* PERLU BAHAGIKAN TUGAS MEMBUAT KERJA
Ok.. umumnya kita tahu tugas seorang isteri mengikut sunnah nabi adalah hanya menjaga anak dan menjaga suami.. tapi di zaman moden ini, tugas memasak, mengemas rumah, mencari nafkah pun isteri yang cari.. xsalah.. tetapi bagi suami yang mempunyai kelapangan terutama apabila suda balik kerja, tugas menjaga anak atau membuat kerja rumah yang lain boleh dibahagikan.. cthnya mcm emy.. saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang hanya membuat perniagaan secara online.. bila suami balik rumah, kadang2 saya dah terlalu penat sebab seharian berkejar utk memasak, urus anak2, kemas rumah, cuci baju, promosikan produk, buat poster lawa2, suap anak dan sebagainya.. jadi kadang2 bila suami balik rumah, tugas suap anak waktu malam diambilalih oleh suami.. jd emy bolehla buat minuman untuk suami atau sediakan tempat tidur dan sebagainya..

* JAGA ADAB PERTUTURAN
bagi tips yang kedua pula adalah menjaga adab pertuturan sesama pasangan.. bukan isteri sahaja kena hormat pada suami tetapi apabila seorang suami menuturkan yang baik2 kepada isterinya, insyallah isteri pasti akan membalas dengan lebih baik..

* BERCAKAP PADA WAKTU YANG SESUAI
haaaa part ni ramai yang tidak seberapa amik pusing sangatkan.. sebenarnya bercakap pada waktu yang sesuai adalah sgt penting.. kenapa? Ok.. emy bagi contoh ya.. si isteri nak mengajak suami ke bali untuk berjalan2.. katanya nak tenangkan diri di sana.. tetapi sebelum si isteri mengajukan permintaan tu, si suami baru lepas bertekak dengan seseorang kerana masalah di pejabat.. akibatnya?? Haaaa mesti si suami akan melepaskan amarah pada isteri kan?? Begitu juga dengan si suami..

* SENTIASA BERBINCANG
Dalam rumahtngga, sikap sentiasa bawa berbincang tentang apa2 masalah sangat penting.. cthny jika suami ada masalah kewangan.. bawa berbincang dengan si isteri.. manala tahu kalau2 si isteri ada rezki terpijak.. ha dapatla bantu ringankan beban si suami.. samalah juga dengan si isteri.. kalau ada apa2 masalah atau ingin meluahkan, jangaln cerita dengan orang luar.. tapi berceritalah dengan suami anda sendiri.. it apply to both gender yea.. sebab sekarang ni banyak kes penceraian kerana pasangan ada masalah tetapi meluah dengan pihak ketiga.. last sekali jatuh cinta.. huhu.. elakkan yea..

* SENTIASA BERIKAN SOKONGAN KEPADA PASANGAN
Sokongan moral sangat penting untuk tiap pasangan.. cthnya apabila si suami ada bisnes ingin laburkan duitnya.. bawa berbincang dengan si isteri.. kalau rasanya si suami mampu untuk kendalikan dan mengembangkan bisnesnya, insyallah teruskan je.. macam emy, suami emy adalah staf uitm.. tapi beliau buat bisnes sampingan iaitu rekod lagu untuk pemuzik2 yang ingin rekod lagu, dan memberikan kemudahan menyewa set karaoke dan instrument.. modal memang besar dan komitmen kena full.. alhamdulillah kadang2 dalam sebulan tu adalah paling sikit 2x orang akan datang untuk rekod lagu dan pembayaran dalam minimun rm450.. sapa nak bagikan? So sentiasa sokong apapun pasangan anda ingin buat asalkan xsalah di sisi undang2 dan islam...

Setakat ni aja yang emy teringat nak tulis.. hehe.. manala tau insyallah nanti emy akan teringat dan terlintas.. insyallah emy akan update di sini lagi.. apa2 pun, emy harap artikel ni dapat membantu semua pasangan untuk membina hubungan yang bahagia.. insyallah.. sampai ke jannah.. aminnn..

Shaklee tuaran
Shaklee independent distributor
931613
014-3643214

2 comments: