Friday, 2 January 2015

Rawatan Bayi Colic

Assalamua'laikum. Sebelum ni, Emy ada buat entry dalam bahasa English mengenai baby yang ada masalah COLIC ni. Jadi ada beberapa orang yang wassap Emy untuk buat dalam versi bahasa Melayu. Bagus juga ideanya. Supaya ada dwi bahasa di situ hehe.



Ok. Yang pertama kita harus tahu ialah apa itu COLIC? Mengikut kata pakar, COLIC bukanlah sejenis penyakit tetapi lebih kepada perangai anak². Situasi ini di mana anak tidak akan berhenti menangis selama melebihi 3jam sehari tanpa sebab. Ada pendapat mengatakan bahawa COLIC ini merupakan fasa keempat trimester bayi. Kebanyakan bayi lahir pada trimester ketiga. Tetapi jika anak anda colic, beliau sedang menghadapi trimester yang keempat.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunapakai oleh ibu2 yang mempuyai anak COLIC. Kebanyakan cara ni Emy pernah cuba pada anak kedua yang mempunyai masalah COLIC. Antaranya adalah :

→ JANGAN OVERFEED
Apabila anak mula menangis tanpa henti, ibu akan mula panik dan mula untuk menyusukan anak tanpa henti walaupun bukan waktu untuk menyusu. Namun tahukah anda cara ini akan membuat anak anda bertambah sakit? Pastikan anda susukan anak mengikut jadualnya seperti biasa dan jangan overfeed anak anda.

→ DODOIKAN ATAU NYANYIKAN
Apabila anak mula menangis, cuba dodoikan anak dengan lagu yg menenangkan. Macam Emy dulu, emy suka nyanyi zikir SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILLAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR. Setiap kali anak mula menangis Emy akan nyanyi lagu ni atau kadang² tukar dengan zikir lain yang mendodoikan anak. Insyallah anak akan lebih tenang.

→ BALUT ANAK
Tahukah anda apabila anak mula menangis tanpa henti, membalut anak dengan kain dengan ketat (tetapi pastikan boleh bernafas) mampu membuat anak lebih tenang. Kenapa? Kerana kebanyakan anak merasakan mereka masih berada di dalam perut ibu mereka apabila di balut. Anak akan berasa lebih tenang dan akan berhenti menangis.

→ BURPKAN ANAK
Kesilapan biasa seorang ibu apabila anak mula menangis adalah kerana mereka terlupa untuk sendawakan anak mereka selepas minum susu. Apabila anak menyusu, adalah penting untuk sendawakan dwngan cara yang betul supaya gas² atau angin yang masuk akibat menangis itu boleh keluar dan tidak terperap di dalam perut. Apabila anak mula menangis dan anak susukan mereka, anak lebih banyak menyedut angin daripada air susu. Jadi sendawakan anak adalah sangat penting.

→ PAKAI SLING ATAU CARRIER
Kebanyakan anak colic suka berada dengan ibu setiap masa. Akibatnya ibu tidak dapat melakukan kerja rumah. Jadi cara yang paling mudah dan boleh dilakukan ialah memakai sling atau baby carrier pada anak. Dengan ini anda tidak mempunyai masalah untuk melakukan kerja. Merimaskan? Percayalah. Ini sahaja yang mampu menenangkan mereka.

→ Take 5
Apabila anda suda berasa penat dengan anak yang menangis tanpa henti, berehatlah sebentar. Berilah anak anda kepada ibu atau suami di rumah dan keluarlah dari bilik untuk berehat. Berehat di sini bermaksud duduk di sofa tonton televisyen atau makan, atau mandi untuk membersihkan diri. Insyallah selepas anda berehat, anda mampu handle anak COLIC dengan lebih tenang. Emy sudah pernah mencubanya dan mujarab.

→ JUMPA DOKTOR
Apabila mempunyai anak yang colic dan menangis tanpa henti, bawalah anak anda berjumpa dengan doktor bagi merawat atau mendapatkan pendapat. Pastikan sebelum berjumpa dengan doktor, anda merekod semua jadual menangis anak anda, jadual minum, apakah rawatan yang telah digunakan untuk merawat anak anda dan persoalan yang ingin diajukan terhadap doktor tersebut nanti.

→ GRIPE WATER
Orang lama suka memberi gripe water untuk anak² yang sering kembung akibat menangis tanpa henti ni. Memang sebetulnya gripe water ini mampu membantu mengurangkan masalah COLIC ni. Boleh mencuba untuk memberikan gripe water kepada anak anda dan pastikan burp selepas beri gripe water ya.

→ URUT
Urutan lembut kepada anak mampu memberikan ketenangan kepada anak anda. Kalau anak emy dulu, emy akan amik minyak baby johnson warna purple tu dan buat sapu urutan penenang pada badannya tiap kali selepas mandi dengan diikuti dengan alunan zikir. Mungkin anda boleh mencuba cara emy juga untuk membantu menenangkan anak anda.


Percayalah. Tiada yang mudah apabila menghadapi anak COLIC. Pastikan anda mendapat support dari keluarga mengenai anak colic ini dan dapatkan nasihat dari pakar. Jika doktor memberikan Ubat COLIMIX sebagai penenang kepada anak anda, kemungkinan anda boleh mencubanya dengan syarat anda mencuba remedies yang emy berikan. Pastikan COLIMIX pilihan akhir anda untuk bayi anda.


Sekiranya anda mempunyai persoalan atau benda untuk dikongsikan, jangan malu². Boleh wassap emy di talian 0143643214.


Shaklee tuaran
Shaklee independent distributor
931613
014-3643214

No comments:

Post a Comment