Saturday, 26 September 2015

Review KK Burger Bakar




Assalam semua. Hari ini, Emy terasa mo bagi review sikit tentang KK Burger Bakar. Kelmarin, ibu Emy bawa Emy ke Austral Park untuk membeli barang bayi secara borong. Selepas selesai membeli beberapa barangan bayi, anak-anak mula membebel dan bagitau mereka mula lapar. Kebetulan sebelum masuk ke simpang rumah kedai selepas SHELL tu, mama Emy ada menegur tentang KK Burger Bakar. Katanya lama teringin mo makan burger bakar. Jadi Emy pun bawalah ibunda tercinta untuk menikmati juadah tengahari di sana.


Emy dan ibu telah memesan BB Burger bakar yang berharga RM9.90 sahaja, Cheesy Fries pada harga rm7 dan Onion Ring pada harga RM5 sebakul. 


Apabila order kami telah sampai, memang seperti yang telah diwar-warkan. Memang daging burger yang telah dibuat secara ekslusif untuk pelanggan sangat memuaskan hati. Dagingnya sangat lembut dan terasa adunan serbuk lada hitam beserta garam yang digaul rata bersama adunan daging. Malahan buat pertama kalinya, Emy berjaya habiskan satu burger seorang diri tanpa berkongsi hehehe. 



Sekiranya anda tercari-cari lokasi untuk makan burger bakar enak, masukkan KK BURGER BAKAR dalam senarai tempat makan yang ENAK!! Anda pasti tidak menyesal dengan harga dan layanan yang ditawarkan di KK Burger Bakar. 


Psst, semasa saya tengah enak menikmati hidangan lazat saya, pelanggan sebelah meja saya telah memesan MEATBALL with fries. Subhanallah saya tengok pun terliur. Terbayang-bayang Meatball IKEA. Jadi KK BURGER BAKAR, nantikan kunjungan Emy buat kali kedua dan seterusnya. 

Image result for kk burger bakar new meatball * kredit picture to KK BURGER BAKAR

Terima Kasih. Assalamua'laikum.




Tercari-cari produk Shaklee? Hubungi Emy di talian 014-3643214.


Shaklee Tuaran
Shaklee Putatan
ID 931613
014-3643214

2 comments:

  1. Sedapppnya tgk meatball nom2..tq review nnt nak cari meatball

    ReplyDelete