Wednesday, 28 January 2015

Penyakit Pertama Bayi

Assalamua'laikum.Pertama sekali Emy ingin memohon maaf kerana lama tidak update blog Emy.  Kebetulan minggu lepas banyak order roti boom dan atuk wan yang datang berkunjung dari Semenanjung ke Sabah. Jadinya Emy menjadi driver tak bergaji hehe.

Ok, berbalik kepada tajuk kita hari ini, bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak, tahniah Emy ucapkan. Yang pertama kali melahirkan anak, Selamat datang ke dunia PARENTING. Menjadi ibu atau ayah sememangnya tidak mudah. Namun, dengan ilmu yang cukup pasti boleh membantu kita menghadapi bayi comel yang baru lahir ke dunia.


Bayi yang baru lahir sangat mudah diserang penyakit. Tambahan pula sistem imunisasi tubuhnya masih dalam proses untuk menguatkan tahap kekebalan tubuhnya melawan penyakit. Entry Emy kali ini adalah untuk memberi gambaran sedikit mengenai penyakit yang biasanya dihidapi oleh bayi yang baru lahir ke dunia dan apakah tindakan sewajarnya yang harus anda lakukan bagi mengawal penyakit tersebut.

1. Batuk dan selsema 
 Penyakit ini sangat mudah menyerang bayi pada bila-bila masa dan mudah berulang. Kebanyakan bayi akan mengalami simptom seperti hidung berair dan mula bersin. Kadang kala jika terlalu teruk bayi akan mengalami sesak nafas akibat hidung yang tersumbat.
Rawatan : Jika hidung bayi anda tersumbat, anda boleh keluarkannya menggunakan pam khas yang direka untuk tujuan menyedut mukus di bahagian hidung bayi. Tidurkan bayi anda dalam posisi kepalanya lebih tinggi daripada badan atau dalam keadaan meniarap. Kurangkan penggunaan penghawa dingin, atau kipas yang terlalu direct ke arah anak kerana ini akan menyukarkan proses pernafasan dan menyebabkan hidung mudah tersumbat. Terdapat petua tradisional yang Emy guna untuk kedua-dua penyakit ini. Bagi batuk, Emy mengamalkan minum air jintan hitam. Apabila anak menyusu air susu Emy, air susu yang mengalir ada mengandungi jintan hitam yang dapat merawat masalah batuk. Jadi batuk anak cepat sembuh. Bagi selsema pula, Emy ambil Kunyit hidup dan tangaskan sikit di api. Agak-agak suam kuku Emy sapu dari atas dahi turun ke hidung secara kerap. Insyallah lama-lama air hingus akan keluar dan cepat kering tanpa sumbat.

2. Jangkitan telinga
Jangkitan telinga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi kerana kesakitan yang dialami dan bayi akan mudah meragam. Malah, jika berlaku jangkitan yang teruk, telinga bayi boleh bernanah dan bayi akan demam. Kadangkala terdapat bau yang kurang enak keluar dari telinga anak anda.
Rawatan : Bagi rawatan penyakit ini, adalah sukar dan bahaya untuk anda tangani sendiri. Kerana jika jangkitan terlalu teruk, gegendang bayi boleh bernanah atau berdarah sehingga menyebabkan gangguan pada gegendang telinga. Jadi adalah baik jika anda mendapatkan rawatan terus dengan doktor bertauliah bagi mengelakkan jangkitan lebih teruk.

3. Cirit Birit
Bagi bayi baru lahir, adalah normal untuk membuang najis mereka lebih dari 3kali sehari bagi membuang sisa kuning dalam badan. Namun, jika bayi anda kelihatan lemas (anda pasti dapat bezakan antara lemas dan tidur) dan najisnya terlalu cair seperti air, maka itu adalah petanda bayi anda cirit birit. Bagi yang terlalu teruk, kadangkala ia disusuli dengan muntah
Rawatan : Jika bayi anda menyusu badan, maka kerapkan penyusuan susu ibu kerana ia mengandung bahan yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan cirit birit. Jika bayi suda diberikan susu formula, kurangkan dose susunya. Contohnya jika sebelum ini anda memberikan 4auns susu dan 4auns air, kurangkan kpd 3auns susu dengan 4auns air. Namun, jika berterusan anda harus membawa anak anda berjumpa doktor kerana jika terlalu lambat boleh menyebabkan bayi dihidrasi.

4. Sesak Nafas
Keadaan ini selalunya turut disusuli dengan batuk. bayi kelihatan sukar bernafas dan suaranya seperti tertahan-tahan.  Batuknya juga berpanjangan sehingga menyebabkan bayi anda mengalami kesukaran untuk bernafas dan adakalanya bayi turut demam panas.
Rawatan : Cuba legakan keadaan bayi anda dengan menyapu sedikit minyak bayi seperti vicks atau yu yi di dadanya dan urut dengan perlahan.  Ataupun anda boleh juga mengambil tuala lembut, rendam dengan air suam dan tuamkan di dadanya. Namun jika tidak berkurang selepas dua hari, anda harus membawa bayi anda berjumpa doktor. Bagi Emy pula, dulu Emy selalu mengambil daun tangan-tangan atau daun sirih. Layukan di api dan agak-agak suam Emy akan letak di bahagian dada bayi. Insyallah dalam masa beberapa jam daun itu akan layu dan gantikan dengan daun yang baru.

5. Muntah
Adalah normal untuk bayi muntah selepas menyusu badan ataupun botol. Jadi adalah penting untuk kita ketahui cara untuk mengelak bayi tertelan muntahnya sendiri.
Rawatan : Sendawakan bayi anda terlebih dahulu setiap kali selepas memberikannya minum susu atau makan. Apabila tidur pula, cuba letakkannya dalam posisi mengiring bagi mengelakkan bayi anda tertelan muntahnya sendiri. Biasanya bayi memang akan muntah selepas menyusu. Namun jika anda lihat terlalu teruk, bawalah berjumpa dengan doktor seperti biasa. 

6. Sakit Kerongkong
Apabila bayi anda sakit kerongkong, ia kehilangan selera makan kerana kesukaran untuk menelan selain dari meragam. Adakalanya jika terlalu teruk anak akan demam.
Rawatan : Jika bayi suda makan, kurangkan pengambilan makanan yang keras. Sebaiknya bagi minum atau makanan yang lembut, tidak pedas dan tidak terlalu panas. Keadaan ini biasanya akan sembuh sendiri dalam dua atau tiga hari.

7.  Alahan
Terdapat bayi yang mengalami alahan seawal usia beberapa hari. Kadangkala disebabkan pemakanan si ibu, persekitaran atau bulu kucing.
Rawatan : Jauhkan bayi dari persekitaran yang kotor atau apa-apa penyebab alahan terjadi. Jika bayi menyusu badan, ibu harus kenalpasti apakah yang menjadi punca kepada alahan anak. Mandi sekurang-kurangnya 2kali sehari amat penting bagi bayi baru lahir bagi mengelakkan panas dan timbulnya ruam panas. Sapu krim yang ada atau Herbal Blend bagi mengurangkan gejala bintik dan gatal. 

8. Sembelit
Bayi mengalami masalah untuk membuang air besar dan kerap meneran. Jika dibiar, anak akan berak berdarah.
Rawatan : Jika bayi masih menyusu badan, terusukan memberi minum susu badan. Ibu harus mengambil makanan yang memudahkan anak untuk membuang air besar. Contohnya pisang, betik atau pil Ostematrix bagi memudahkan anak untuk membuang air besar. Jika anak suda mula diperkenalkan dengan makanan, banyakkan memberi makan makanan yang lembut kepada anak. Banyakkan meletak sayuran dan buahan dalam pemakanannya. Jika berlanjutan, bawalah anak anda berjumpa doktor.

9. Ruam Lampin
Bayi mengalami kemerah-merahan di sekitar celahan kangkang, alat sulit, dan kelepet lengan dan lutut. Jika tidak dirawat, boleh menyebabkan luka.
Rawatan : Selepas mandikan anak, lap bahagian celah-celah yang kerap berlipat tersebut. Sapu krim atau lotion di bahagian tersebut dan elakkan penggunaan bedak kerana bedak akan menambah masalah di kawasan tersebut. Bagi bahagian alat sulit pula, pastikan anda kerap memeriksa lampinnya bagi mengelakkan kencingnya terlalu lama terperap di dalam pampers. Bagi Emy pula, Emy kerap menyapu krim Herbal Blend di kawasan celah-celah tersebut dan Alhamdulillah memang mujarab. 


Semoga dengan info ini dapat membantu ibu-ibu menghadapi saat getir menguruskan anak sendirian.Jika anda ingin mendapatkan info mengenai produk shaklee, bolehla hubungi atau wassap Emy di talian 014-3643214. Terima kasih kerana sudi membaca blog Emy. 



Shaklee Tuaran
931613
014-3643214

No comments:

Post a Comment