Saturday, 21 February 2015

Rawatan Gout


Assalam. Alhamdulillah sekali lagi Emy diberikan kesempatan utk berkongsi kisah benar  yang terjadi pada hidup Emy beberapa minggu yang lalu. Kisah mengenai penyakit gout yang dihidapi oleh atuk Emy sejak bertahun-tahun yang lalu.


Apakah itu gout??? Gout ialah sejenis penyakit yang terjadi akibat lebihan asid urik dalam badan. Akibatnya pesakit akan berasa sakit di bhgn sendi di sesetengah tempat seperti buku lali, tangan, dan kaki.



Selalunya pesakit gout dilarang atau mengurangkan  makan makanan seperti kekacang, limau, dan mknan laut  seperti udang atau ketam. Makanan ini boleh menyebabkan terkumpulnya asid urik yang banyak di dalam badan dan menyebabkan terjadinya gout.

Ok... Berbalik kepada cerita atuk Emy pula ya.. Atuk Emy berasl dari Negeri Sembilan.. Jadi baru-baru ini beliau dan nenekku telah ke sabah melawat anak cucunya. Jika ke Sabah semestinya makanan laut pilihan hati semua.

Selepas beberapa hari memakan makanan laut sahaja, atuk Emy yang sememangnya mempunyai masalah gout yang kronik, mengalami bengkak di kaki hingga menyebabkan kesukaran untuk berjalan. Jadi Emy teringat testimoni beberapa orang rakan mengenai produk shaklee untuk masalah gout.

Bermula tengahari Emy telah menyarankan atuk Emy menelan Alfalfa yang sememangnya elok untuk mengurangkan asid dalam badan dan juga omega guard bagi mengurangkan inflamasi. Emy juga membancuh performace drink untuk minuman atuk beberapa kali.

Esoknya, bila atuk tunjukkan bengkak di kaki berkurang, Emy sangat terkesima. Terkejut kerana sebelum ini kita hanya mendengar sahaja  testimoni orang tetapi pada hari itu, Emy telah membantu atuk untuk mengurangkan kesakitan akibat masalah gout. Alhamdulillah kini Emy sangat gembira terutama untuk membantu sesiapa sahaja yang menghadapi masalah gout..



Jika anda juga merupakan salah seorang pesakit gout, jom wassap emy di talian 0143643214 dan Emy akan berikan konsultasi percuma buat semua pelanggan Emy. Cara pengambilan produk juga sangat penting bagi membantu mengurangkan masalah gout.

*** Gambar hasil dari mr google. Tq

Shaklee tuaran
Shaklee putatan 
0143643214
931613

Monday, 16 February 2015

Tips Bersihkan Telinga, Hidung dan Mulut Bayi

Assalamua'laikum. Alhamdulillah Emy terpanggil untuk menulis entry mengenai bagaimana cara untuk membersihkan telinga, hidung dan juga mulut bayi. Kebersihan bayi sangatla penting bagi menjamin kesihatan bayi itu. Namun, ibu atau bapa haruslah berhati-hati apabila membersihkan anggota badan bayi anda.

Berikut merupakan panduan atau cara bagaimana untuk membersihkan rongga badan bayi anda :

TELINGA

* Bahagian telinga sangat sensitif terhadap sebarang jenis aktiviti. Untuk bahagian cuping, gunakan tuala kecil yang lembut dan lembabkan dengan sedikit air. sapu perlahan di semua bahagian cuping. 
* Sekiranya di bahagian dalam telinga terlalu banyak taik telinga, segeralah bawa berjumpa doktor dan jangan mengorek telinga bayi anda sendiri. 
* Hanya bersihkan telinga anak anda di bahagian luar sahaja bukannya di dalam bagi mengelak masalah pada gegendang atau luka di dalam telinga.
* Elakkan menitis ubat atau air ke dalam telinga bayi anda melainkan disarankan oleh doktor sendiri. 
* Sekiranya terdapat kotoran kekuningan keluar dari telinga anak anda, jangan korek dengan menggunakan cotton buds tetapi bawalah anak anda berjumpa dengan doktor.

HIDUNG

* Gunakan tuala kecil yang dibasahkan sedikit (tetapi pastikan airnya diperah keluar) atau tisu basah dan lap di bahagian luar hidung bayi anda.
* Jika terlalu banyak hingus, anda boleh menggunakan penyedut khas bagi mengeluarkan kotoran di dalam hidung.
* Jangan menggunakan cotton buds untuk hidung anak anda kerana jika tersalah langkah, anda boleh mencederakan hidung bayi anda.
* Jangan gunakan kuku untuk membersihkan hidung bayi anda kerana ia boleh menyebabkan jangkitan pada bayi.


GUSI, LIDAH DAN GIGI
Image result for gambar gigi sihat

* Gunakan tuala kecil yang dibasahkan untuk membersihkan gusi, lidah dan gigi bayi selepas makan atau sebelum menidurkannya.
* Apabila giginya suda mula tumbuh, gunakan berus gigi khas untuk membersihkan giginya.
* Bawa anak anda berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali selepas umurnya setahun atau selepas giginya sudah bertambah banyak.
* Elakkan bayi anda tidur dengan botol susu masih di mulut.
* Elakkan memperkenalkan makanan manis atau gula-gula kepada anak anda. 
* Jangan beri minum minuman bergas kepada anak anda kerana minuman ini tinggi gulanya.
* Jaga gigi anak anda walaupun ianya hanya gigi susu kerana apabila anda mengajar anak anda untuk memberus dengan betul dan bersih, kelak apabila mereka membesar akan memudahkan mereka membersihkan gigi kerana sudah diajar dari awal.

Kadangkala kita mengambil remeh akan kebersihan anak-anak kita terutama apabila melibatkan gigi. Namun, sekiranya anda tidak menjaganya siapa lagi? Terapkan dari awal umur bayi anda menjaga kebersihan diri agar apabila mereka bersekolah nanti memudahkan mereka menilai yang mana kotor dan bersih. 

Tambahan pula, kebersihan diri merupakan tuntutan yang dituntut dalam Islam. Jadi jagala kebersihan anak anda bagi menjamin kesihatan yang lebih baik. Terima kasih kerana sudi membaca entry Emy pada kali ini. Insyallah akan ada lagi tajuk-tajuk entry beserta isi yang lebih bermanfaat buat semua. Assalam. 


Shaklee Tuaran
931613
0143643214

Wednesday, 11 February 2015

Tips Cantik Sihat Di Usia 30-an

Dalam kesibukan menguruskan kerja di pejabat atau rumah dan anak-anak, wanita kerap kali terlupa atau kesuntukan masa untuk dirinya sendiri. Kerap kali terjadi wanita hanya menghias diri ala kadar ataupun mana yang sempat sahaja.

Pada usia menjejak ke angka 30, kebanyakan wanita suda mempunyai anak sekurang-kurangnya seorang. Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan di pejabat dan rumah, kesihatan dan kecantikan diri tidak dititikberatkan.

Menjaga kesihatan dan kecantikan bukanlah sesuatu yang rumit. Cuma ia memerlukan disiplin dan rutin tetap. Harini Emy nak kongsi bagaimana menjaga kesihatan dan kekal cantik walaupun suda berusia 30tahun.

1) KAWAL PEMAKANAN
Proses penuaan dapat dillambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berminyak, masin, manis, pelbagai jenis penyakit akan datang bertandang. Banyakkan mengambil makanan yang tinggi serat, sayuran, buahan, dan Vitamin yang bersesuaian. Kurangkan juga pengambilan makanan berlemak, tinggi kafein dan minuman ringan dan keras. 

2) GUNA PELEMBAB YANG SESUAI
Apabila seorang wanita menjangkau usia 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit pun semakin berkurangan. Oleh itu, penggunaan krim pelembab yang bersesuaian amatlah penting. Cari pelembab yang sesuai untuk kulit muka dan badan anda kerana setiap wanita berbeza jenis kulitnya. Produk yang sesuai tidak semestinya yang mahal baru berkesan. Namun ada juga yang kulit sensitif tidak boleh menggunakan produk yang mahal.

3) SENTIASA BERSENAM
Bagi Emy sendiri, Emy mengamalkan senaman ringan tiap pagi. Tidak perlu terlalu berat. Ini adalah kerana bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur kerana selalunya pada awal pagi urat-urat kita masih segar. Jadikan rutin bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 

4) MINUM AIR YANG BANYAK
Minum air yang mencukupi setiap hari sangat penting. Kekeringan dan gejala penuaan boleh dilambatkan dengan meminum air yang secukupnya. Ini adalah kerana air adalah sangat penting untuk tubuh badan kita. Air sangat penting untuk membersihkan usus, membuang toksin dan membantu dalam proses penghadaman.

5) MAKANAN TAMBAHAN
Pengambilan makanan tambahan adalah sangat penting terutama buat wanita yang ingin kekal cantik di usia 30an. Kadang-kadang kesibukan kita menguruskan rumahtangga dan pejabat membuat kita terlupa untuk makan pelbagai makanan yang berkhasiat. Jadi adalah penting untuk wanita mengambil produk makanan tambahan bagi membantu melengkapkan nutrien yang kurang di badan.

6) ELAKKAN PEMAKAIAN MEKAP YANG TEBAL
Wanita di usia 30an digalakkan untuk menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba mengelakkan dari menggunakan bedak asas yang sangat tebal serta penggunaan gincu bibir yang merah menyala. Ianya akan membuatkan anda tampak lebih berusia dan garang.

7) POSITIF
Kekal positif dalam kehidupan adalah sangat penting bagi semua peringkat umur. Namun, jika anda ingin menampakkan kelihatan lebih muda, amalkan sentiasa berfikiran positif dan jangan terlalu memikirkan musibah yang datang sebagai musibah namun ujian daripada Nya. 

8) KEKAL CERIA
Untuk mengelakkan muka cepat berkedut, anda dinasihatkan agar lebih ceria dalam kehidupan. Sentiasa mengamalkan senyuman yang paling manis untuk rakan-rakan seperjabat dan jangan terlalu bermuka masam ketika melakukan kerja harian. Kekal ceria sangat penting dalam kehidupan yang lebih bahagia dan kekal MUDA!! hehe

Bagi Emy sendiri, Emy mengamalkan pengambilan makanan tambahan keluaran shaklee, iaitu B complex (membantu kawal stres), Vitamin C (membentuk kolagen), Vitamin E (Memudarkan Parut), Vivix (membina sel baru), Vitalea (tenaga tambahan) dan ESP (mengurangkan sakit badan).

Untuk wanita-wanita yang ingin kekal cantik di usia 30an, anda bolehla mengamalkan tips-tips yang Emy berikan ni. Jika anda memerlukan produk makanan tambahan boleh juga hubungi Emy di talian 014-3643214 untuk keterangan lebih lanjut dan pembelian produk. Terima kasih di atas kesudiaan anda singgah dan membaca entry Emy pada kali ini. Assalam.


Shaklee Tuaran
931613
014-3643214

Saturday, 7 February 2015

susu ibu dan asma

Assalam. Apa Khabar semua Pembaca budiman? Harini Emy Nak share satu info yang Emy sendiri baru tau apabila berjumpa dengan doktor pakar baru2 ni.. Sebenarnya jumpa sbb kenal dengan doktor tu. Bukan kerana masalah kesihatan anak, insyallah huhu. 

Kata Doktor tersebut bahawa, Breastfeeding melindungi anak dari membina masalah asma atau Wheezing sound sehingga anak berusia 6tahun. Ini merupakan Kajian Oleh Universiti Of Otago Di New Zealand bahawa anak yang menyusu badan sepenuhnya mampu melindungi diri dari serangan masalah asma.

Kajian selama 6 tahun ke atas 1105 bayi di Christchurch dan juga Wellington mendapati bahawa menyusukan anak secara exclusive mampu melindungi sistem pernafasan anak2. 

Katanya Lagi, Kajian Ni Mengambil Masa Selama 6 Tahun Ke Atas Bayi2 ini pada usia 2 tahun, tiga, empat, lima dan enam tahun. Kajian menunjukkan penyusuan selama 3 bulan secara exclusive juga mampu melawan penyakit asma di peringkat awal dan percentage bagi infant yang berusia kurang dari 6tahun di serang asma juga berjaya dikurangkan dengan pengamalan makanan, tempat tinggal yang bersih dan teratur. 

Sebenarnya terdapat banyak kebaikan susu ibu yang kadangkala kita sebagai ibu terlepas pandang. Ada sebab kenapa Allah menjadikan susu ibu sebegitu hebat dan apakah kebaikannya? Ha bole tgk dalam entry Emy di http://emyashura83.blogspot.com/2015/01/kebaikan-susu-ibu.html

Best kan kalau mampu menyusukan anak sampai berusia lebih dari 2 tahun? Insyallah ada sebab kenapa susu ibu sangat berkhasiat buat anak2. Perkara penting yang perlu ibu2 ada sebelum bersalin adalah set kan dalam minda bahawa anda ingin susukan anak anda dan berapa lama tempoh untuk susukan anak anda. 

Macam anak pertama Emy, baru-baru ni doktor ada cakap yang kalau tidak di monitor anak pertama, keberangkalian untuk beliau hidap asma adalah tinggi. Anak Emy sangat suka main kucing. Memang tak dapat nak di halang. huhu. Tetapi Emy tak mudah putus asa. Emy bagi anak pertama makan omega guard shaklee tiap kali beliau tiba-tiba start batuk. Jika dulu batuk berkahak mesti sampai dua hingga tiga bulan. Namun sekarang ni Alhamdulillah lepas makan omega paling-paling pun ambil masa seminggu sahaja. 

Jika ibu2 mempunyai apa2 masalah berkaitan dengan penyusuan ibu, atau anak anda sering sakit, jom kita pm2. Emy merupakan pengedar sah shaklee berdaftar dan Insyallah ilmu di kongsi mampu memberikan kepuasan kepada semua ibu2. Whatsapp emy di talian 0143643214 untuk keterangan lanjut.


Shaklee tuaran

931613