Pada usia menjejak ke angka 30, kebanyakan wanita suda mempunyai anak sekurang-kurangnya seorang. Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan di pejabat dan rumah, kesihatan dan kecantikan diri tidak dititikberatkan.
Menjaga kesihatan dan kecantikan bukanlah sesuatu yang rumit. Cuma ia memerlukan disiplin dan rutin tetap. Harini Emy nak kongsi bagaimana menjaga kesihatan dan kekal cantik walaupun suda berusia 30tahun.
1) KAWAL PEMAKANAN
Proses penuaan dapat dillambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berminyak, masin, manis, pelbagai jenis penyakit akan datang bertandang. Banyakkan mengambil makanan yang tinggi serat, sayuran, buahan, dan Vitamin yang bersesuaian. Kurangkan juga pengambilan makanan berlemak, tinggi kafein dan minuman ringan dan keras.
2) GUNA PELEMBAB YANG SESUAI
Apabila seorang wanita menjangkau usia 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit pun semakin berkurangan. Oleh itu, penggunaan krim pelembab yang bersesuaian amatlah penting. Cari pelembab yang sesuai untuk kulit muka dan badan anda kerana setiap wanita berbeza jenis kulitnya. Produk yang sesuai tidak semestinya yang mahal baru berkesan. Namun ada juga yang kulit sensitif tidak boleh menggunakan produk yang mahal.
3) SENTIASA BERSENAM
Bagi Emy sendiri, Emy mengamalkan senaman ringan tiap pagi. Tidak perlu terlalu berat. Ini adalah kerana bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur kerana selalunya pada awal pagi urat-urat kita masih segar. Jadikan rutin bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
4) MINUM AIR YANG BANYAK
Minum air yang mencukupi setiap hari sangat penting. Kekeringan dan gejala penuaan boleh dilambatkan dengan meminum air yang secukupnya. Ini adalah kerana air adalah sangat penting untuk tubuh badan kita. Air sangat penting untuk membersihkan usus, membuang toksin dan membantu dalam proses penghadaman.
5) MAKANAN TAMBAHAN
Pengambilan makanan tambahan adalah sangat penting terutama buat wanita yang ingin kekal cantik di usia 30an. Kadang-kadang kesibukan kita menguruskan rumahtangga dan pejabat membuat kita terlupa untuk makan pelbagai makanan yang berkhasiat. Jadi adalah penting untuk wanita mengambil produk makanan tambahan bagi membantu melengkapkan nutrien yang kurang di badan.
6) ELAKKAN PEMAKAIAN MEKAP YANG TEBAL
Wanita di usia 30an digalakkan untuk menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba mengelakkan dari menggunakan bedak asas yang sangat tebal serta penggunaan gincu bibir yang merah menyala. Ianya akan membuatkan anda tampak lebih berusia dan garang.
7) POSITIF
Kekal positif dalam kehidupan adalah sangat penting bagi semua peringkat umur. Namun, jika anda ingin menampakkan kelihatan lebih muda, amalkan sentiasa berfikiran positif dan jangan terlalu memikirkan musibah yang datang sebagai musibah namun ujian daripada Nya.
8) KEKAL CERIA
Untuk mengelakkan muka cepat berkedut, anda dinasihatkan agar lebih ceria dalam kehidupan. Sentiasa mengamalkan senyuman yang paling manis untuk rakan-rakan seperjabat dan jangan terlalu bermuka masam ketika melakukan kerja harian. Kekal ceria sangat penting dalam kehidupan yang lebih bahagia dan kekal MUDA!! hehe
Bagi Emy sendiri, Emy mengamalkan pengambilan makanan tambahan keluaran shaklee, iaitu B complex (membantu kawal stres), Vitamin C (membentuk kolagen), Vitamin E (Memudarkan Parut), Vivix (membina sel baru), Vitalea (tenaga tambahan) dan ESP (mengurangkan sakit badan).
Untuk wanita-wanita yang ingin kekal cantik di usia 30an, anda bolehla mengamalkan tips-tips yang Emy berikan ni. Jika anda memerlukan produk makanan tambahan boleh juga hubungi Emy di talian 014-3643214 untuk keterangan lebih lanjut dan pembelian produk. Terima kasih di atas kesudiaan anda singgah dan membaca entry Emy pada kali ini. Assalam.
931613
014-3643214
No comments:
Post a Comment