Saturday, 31 January 2015

Kebaikan susu ibu

Assalam semua. Ha bila ada masa nak update blog, Emy xkan lepaskan peluang yang ada dengan sia-sia. Hehe. Alhamdulillah harini anak-anak pun tidur awal. Jadi Emy ada kesempatan sekejap untuk menulis entry terbaru.

Entry kalini adalah mengenai kebaikan susu ibu. Alhamdulillah tahniah kepada ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak anda. Bagi yang belum berjaya, jangan berputus asa. Teruskan mencuba sehingga anda berjaya. Ingat, tiada yang mudah dan mustahil untuk Mencapai sesuatu yang indah. Bagi ibu yang sedang mengandung, tanamkan impian untuk menyusukan anak anda dari lahir sehingga berusia 2tahun. Anda pasti boleh.

Berbalik kepada kebaikan susu ibu, Emy ingin kongsikan beberapa kebaikan susu ibu bagi membantu ibu-ibu membuka mata dan membuat keputusan yang bijak untuk menyusukan anak.

> JIMAT
Tahukah anda dengan menyusukan anak anda, anda mampu berjimat daripada membeli susu formula? Walaupun anda seorang yang berkemampuan, namun ketahuila bahawa harga untuk susu ibu adalah sangat tidak ternilai.

> IMUN BADAN
Ketika bayi baru lahir, mereka mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Antaranya seperti selsema, batuk, demam dan cirit birit. Bagi mengatasi penyakit ini, pemberian susu ibu dapat membantu bayi meningkatkan imun badan mereka.

> MUDAH DIURUS
Susu ibu adalah sangat mudah diurus. Bayangkan anda ingin bercuti bersama keluarga dan bayi kecil anda. Anda harus membawa termos air, bekas susu, botol susu, pencuci botol dan sebagainya. Namun jika anda menyusukan anak anda dengan susu ibu, anda hanya perlu pastikan ibunya dibawa bersama hehe.

> SUMBER KALSIUM
Tahukah anda anak mendapat kalsium dari air susu yang mengalir dari tubuh seorang ibu? Kebanyakan bayi yang menyusu susu ibu badan mereka lebih keras berbanding susu formula.

> MENGELAK ASMA
Ramai yang tidak mengetahui mengenai perkara ini. Namun khabar gembira ini telah diberitahu oleh seorang doktor itu sendiri mengenai kebaikan susu ibu. Susu ibu mampu mengelakkan anak dari terkena jangkitan penyakit asma. (Suasana yang bersih)

> MENYEMBUHKAN JANGKITAN MATA
Semasa anak pertama dan kedua Emy berusia 5tahun dan 4tahun, mereka telah dijangkiti penyakit mata di mana taik mata tidak henti keluar dan mata mereka merah. Teringat petua orang tua-tua mengatakan air susu ibu sangat mustajab untuk sakit mata ini. Maka Emy pun mencuba untuk perah air susu dan menitiskan di kedua-dua belah mata anak-anak Emy. Tidak sampai 2hari, mata anak Emy sembuh.

> MEMBERI KETENANGAN
Bagi bayi yang baru lahir, adakalanya mereka mengalami masalah colic. Apabila seorang ibu menyusukan anak, bayi terasa lebih dekat dengan jantung ibu dan membuatkan bayi berasa lebih tenang. Jadi jangan heran apabila ada sesetengah anak yang suka mengempeng untuk menyusu yea. Hehe

> ANTI KANSER PAYUDARA
Kajian menunjukkan dengan menyusukan bayi anda mampu mengelakkan dari terkena jangkitan kanser payudara. Disebabkan itulah banyak badan-badan amal anti cancer menyarankan dan menyokong tindakan ibu untuk menyusukan anak mereka.

> BERAT KEMBALI KE ASAL
Adalah mudah untuk seorang ibu yang menyusukan anak mereka untuk mendapatkan tubuh badan seperti sebelum mengandung. Apabila kita menyusukan anak, zat-zat pada badan akan ditarik dan dibawa melalui air susu kita. Jadi amat mudah untuk ibu kembali ke berat asal.

> BISA SENGATAN
Dalam dua tahun yang lalu, ibu Emy telah disengat oleh seekor tebuan yang besar. Bisa sengatan tebuan memang diketahui umum sangat sakit dan menyebabkan berdenyut di kawasan sengatan. Ketika itu, Emy teringat untuk mencuba menyapu air susu Emy di kawasan sengatan tebuan tersebut. Amazingly, bisa tersebut hilang. Bagaimana caranya hilang Emy sendiri tidak tahu tetapi kuasa Allah memberikan kesembuhan melalui beberapa titis air susu ibu tersebut sangat mengejutkan. Alhamdulillah Emy tidak perlu bawa ibu Emy ke klinik.

Terdapat pelbagai lagi kebaikan susu ibu yang kadangkala kita tidak sedar. Bagi Emy, menyusukan anak adalah suatu kepuasan dan mengikat kasih sayang antara seorang ibu dan anak. Entry Emy bukan untuk menjatuhkan susu formula dan peminumnya. Maaf, tidak terlintas. Namun entry ini lebih kepada memberikan semangat kepada semua ibu-ibu untuk mencuba menyusukan anak anda.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan air susu, bolehla wassap emy di talian 0143643214 atau anda boleh baca entry Emy yang bertajuk tips banyakkan air susu. Di situ terdapat aturan bagaimana untuk banyakkan air susu ibu. Terimah kasih kerana kesudiaan membaca dan assalamua'laikum.

Shaklee tuaran
931613
0143643214

Friday, 30 January 2015

Coq health

Assalam. entry Emy arini adalah mengenai produk shaklee COQ health. Ramai yang memandang ringan mengenai kesihatan jantung. Ada yang tidak tahu bagaimana menjaga jantung agar kekal sihat.  Disebabkan kes masalah jantung semakin meningkat, Shaklee telah mengeluarkan produk untuk kesihatan jantung ini. Sayangi jantung anda dengan produk coq health dr shaklee.. kenapa ia beza dr company luar? Jom kita tgk..

* Produk ini adalah tulen dan semulajadi.. ia diperbuat dari ekstrak yis.. kalau luar dari ekstrak tobacco..
* kombinasi bahan adalah spt vitamin E, teh hijau dan Q10 sdri... kalau produk luar kebanyakannya hanya mengandungi  Q10 sahaja..
* penyerapan dipatenkan.. so bole makan before atau after meal. Tiada masalah.. 




Kebaikan coq health shaklee...

* JANTUNG YG SIHAT & KUAT (COQ10)
* SALUR DARAH YG LANCAR (MENGANDUNGI VIT E)
* TAHAP KOLESTROL YG SIHAT (OMEGA)
* MENGURANGKAN DEBARAN / DENYUTAN XSEKATA
* KULIT YG SIHAT DAN BERSERI (VITA E)
* MENINGKATKAN KESUBURAN
** IBARAT GPS KPD SPERMA SANG SUAMI
* MENGURANGKAN RISIKO PARKINSON N ALZHEIMER

Ada yg kata tidak perlu makan vitamin.. Saya mkn ikut piramid yg betul.. tapi tahukah anda tiap sebiji coq health shaklee mengandungi 28mg coq... ia bersamaan dgn 850g daging merah, atau 1.7kg ayam atau bersamaan dengan sebotol peanut butter.. kalau ikut logik, sehari kita amalkan salah satu dr items2 ni, mesti penyakit yg dtgkan?? So itulah sebabnya kenapa kita perlukan vitamin.. Vitamin yg semulajadi tidak akan membawa harm kepada badan. Malahan vitamin dr shaklee akan keluar dr badan secara natural jika badan tidak memerlukan vitamin tersebut...

Wassap 0143643214 utk keterangan lanjut. Insyallah segala pertanyaan mengenai produk akan dilayan dengan baik. 




shaklee tuaran
931613
0143643214

Wednesday, 28 January 2015

Penyakit Pertama Bayi

Assalamua'laikum.Pertama sekali Emy ingin memohon maaf kerana lama tidak update blog Emy.  Kebetulan minggu lepas banyak order roti boom dan atuk wan yang datang berkunjung dari Semenanjung ke Sabah. Jadinya Emy menjadi driver tak bergaji hehe.

Ok, berbalik kepada tajuk kita hari ini, bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak, tahniah Emy ucapkan. Yang pertama kali melahirkan anak, Selamat datang ke dunia PARENTING. Menjadi ibu atau ayah sememangnya tidak mudah. Namun, dengan ilmu yang cukup pasti boleh membantu kita menghadapi bayi comel yang baru lahir ke dunia.


Bayi yang baru lahir sangat mudah diserang penyakit. Tambahan pula sistem imunisasi tubuhnya masih dalam proses untuk menguatkan tahap kekebalan tubuhnya melawan penyakit. Entry Emy kali ini adalah untuk memberi gambaran sedikit mengenai penyakit yang biasanya dihidapi oleh bayi yang baru lahir ke dunia dan apakah tindakan sewajarnya yang harus anda lakukan bagi mengawal penyakit tersebut.

1. Batuk dan selsema 
 Penyakit ini sangat mudah menyerang bayi pada bila-bila masa dan mudah berulang. Kebanyakan bayi akan mengalami simptom seperti hidung berair dan mula bersin. Kadang kala jika terlalu teruk bayi akan mengalami sesak nafas akibat hidung yang tersumbat.
Rawatan : Jika hidung bayi anda tersumbat, anda boleh keluarkannya menggunakan pam khas yang direka untuk tujuan menyedut mukus di bahagian hidung bayi. Tidurkan bayi anda dalam posisi kepalanya lebih tinggi daripada badan atau dalam keadaan meniarap. Kurangkan penggunaan penghawa dingin, atau kipas yang terlalu direct ke arah anak kerana ini akan menyukarkan proses pernafasan dan menyebabkan hidung mudah tersumbat. Terdapat petua tradisional yang Emy guna untuk kedua-dua penyakit ini. Bagi batuk, Emy mengamalkan minum air jintan hitam. Apabila anak menyusu air susu Emy, air susu yang mengalir ada mengandungi jintan hitam yang dapat merawat masalah batuk. Jadi batuk anak cepat sembuh. Bagi selsema pula, Emy ambil Kunyit hidup dan tangaskan sikit di api. Agak-agak suam kuku Emy sapu dari atas dahi turun ke hidung secara kerap. Insyallah lama-lama air hingus akan keluar dan cepat kering tanpa sumbat.

2. Jangkitan telinga
Jangkitan telinga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi kerana kesakitan yang dialami dan bayi akan mudah meragam. Malah, jika berlaku jangkitan yang teruk, telinga bayi boleh bernanah dan bayi akan demam. Kadangkala terdapat bau yang kurang enak keluar dari telinga anak anda.
Rawatan : Bagi rawatan penyakit ini, adalah sukar dan bahaya untuk anda tangani sendiri. Kerana jika jangkitan terlalu teruk, gegendang bayi boleh bernanah atau berdarah sehingga menyebabkan gangguan pada gegendang telinga. Jadi adalah baik jika anda mendapatkan rawatan terus dengan doktor bertauliah bagi mengelakkan jangkitan lebih teruk.

3. Cirit Birit
Bagi bayi baru lahir, adalah normal untuk membuang najis mereka lebih dari 3kali sehari bagi membuang sisa kuning dalam badan. Namun, jika bayi anda kelihatan lemas (anda pasti dapat bezakan antara lemas dan tidur) dan najisnya terlalu cair seperti air, maka itu adalah petanda bayi anda cirit birit. Bagi yang terlalu teruk, kadangkala ia disusuli dengan muntah
Rawatan : Jika bayi anda menyusu badan, maka kerapkan penyusuan susu ibu kerana ia mengandung bahan yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan cirit birit. Jika bayi suda diberikan susu formula, kurangkan dose susunya. Contohnya jika sebelum ini anda memberikan 4auns susu dan 4auns air, kurangkan kpd 3auns susu dengan 4auns air. Namun, jika berterusan anda harus membawa anak anda berjumpa doktor kerana jika terlalu lambat boleh menyebabkan bayi dihidrasi.

4. Sesak Nafas
Keadaan ini selalunya turut disusuli dengan batuk. bayi kelihatan sukar bernafas dan suaranya seperti tertahan-tahan.  Batuknya juga berpanjangan sehingga menyebabkan bayi anda mengalami kesukaran untuk bernafas dan adakalanya bayi turut demam panas.
Rawatan : Cuba legakan keadaan bayi anda dengan menyapu sedikit minyak bayi seperti vicks atau yu yi di dadanya dan urut dengan perlahan.  Ataupun anda boleh juga mengambil tuala lembut, rendam dengan air suam dan tuamkan di dadanya. Namun jika tidak berkurang selepas dua hari, anda harus membawa bayi anda berjumpa doktor. Bagi Emy pula, dulu Emy selalu mengambil daun tangan-tangan atau daun sirih. Layukan di api dan agak-agak suam Emy akan letak di bahagian dada bayi. Insyallah dalam masa beberapa jam daun itu akan layu dan gantikan dengan daun yang baru.

5. Muntah
Adalah normal untuk bayi muntah selepas menyusu badan ataupun botol. Jadi adalah penting untuk kita ketahui cara untuk mengelak bayi tertelan muntahnya sendiri.
Rawatan : Sendawakan bayi anda terlebih dahulu setiap kali selepas memberikannya minum susu atau makan. Apabila tidur pula, cuba letakkannya dalam posisi mengiring bagi mengelakkan bayi anda tertelan muntahnya sendiri. Biasanya bayi memang akan muntah selepas menyusu. Namun jika anda lihat terlalu teruk, bawalah berjumpa dengan doktor seperti biasa. 

6. Sakit Kerongkong
Apabila bayi anda sakit kerongkong, ia kehilangan selera makan kerana kesukaran untuk menelan selain dari meragam. Adakalanya jika terlalu teruk anak akan demam.
Rawatan : Jika bayi suda makan, kurangkan pengambilan makanan yang keras. Sebaiknya bagi minum atau makanan yang lembut, tidak pedas dan tidak terlalu panas. Keadaan ini biasanya akan sembuh sendiri dalam dua atau tiga hari.

7.  Alahan
Terdapat bayi yang mengalami alahan seawal usia beberapa hari. Kadangkala disebabkan pemakanan si ibu, persekitaran atau bulu kucing.
Rawatan : Jauhkan bayi dari persekitaran yang kotor atau apa-apa penyebab alahan terjadi. Jika bayi menyusu badan, ibu harus kenalpasti apakah yang menjadi punca kepada alahan anak. Mandi sekurang-kurangnya 2kali sehari amat penting bagi bayi baru lahir bagi mengelakkan panas dan timbulnya ruam panas. Sapu krim yang ada atau Herbal Blend bagi mengurangkan gejala bintik dan gatal. 

8. Sembelit
Bayi mengalami masalah untuk membuang air besar dan kerap meneran. Jika dibiar, anak akan berak berdarah.
Rawatan : Jika bayi masih menyusu badan, terusukan memberi minum susu badan. Ibu harus mengambil makanan yang memudahkan anak untuk membuang air besar. Contohnya pisang, betik atau pil Ostematrix bagi memudahkan anak untuk membuang air besar. Jika anak suda mula diperkenalkan dengan makanan, banyakkan memberi makan makanan yang lembut kepada anak. Banyakkan meletak sayuran dan buahan dalam pemakanannya. Jika berlanjutan, bawalah anak anda berjumpa doktor.

9. Ruam Lampin
Bayi mengalami kemerah-merahan di sekitar celahan kangkang, alat sulit, dan kelepet lengan dan lutut. Jika tidak dirawat, boleh menyebabkan luka.
Rawatan : Selepas mandikan anak, lap bahagian celah-celah yang kerap berlipat tersebut. Sapu krim atau lotion di bahagian tersebut dan elakkan penggunaan bedak kerana bedak akan menambah masalah di kawasan tersebut. Bagi bahagian alat sulit pula, pastikan anda kerap memeriksa lampinnya bagi mengelakkan kencingnya terlalu lama terperap di dalam pampers. Bagi Emy pula, Emy kerap menyapu krim Herbal Blend di kawasan celah-celah tersebut dan Alhamdulillah memang mujarab. 


Semoga dengan info ini dapat membantu ibu-ibu menghadapi saat getir menguruskan anak sendirian.Jika anda ingin mendapatkan info mengenai produk shaklee, bolehla hubungi atau wassap Emy di talian 014-3643214. Terima kasih kerana sudi membaca blog Emy. 



Shaklee Tuaran
931613
014-3643214

Tuesday, 20 January 2015

JANGAN MAKAN VITAMIN C SHAKLEE

Assalam. Lamanya xupdate blog. Dek kerana kekangan masa anak2 start bersekolah, mana lagi internet pun slow. Dugaan sungguh. Hehe.

Harini, Emy nak share sikit ilmu yang emy baca dan dengar semasa ke kelas nutrisi baru2 ini. Kelas ini bukan anjuran shaklee tetapi anjuran badan bebas yang memberi ilmu kepada ibu2. Emy saja2 join sebab nak tambah ilmu. Hehe

Ia berkenaan VITAMIN C. Ramai yang suka mengambil vitamin C dalam diet harian mereka. Xkurang juga yang tidak berapa mengambil vitamin c kerana anggapan mampu menaikkan badan dan beracid. Namun, tahukah anda jika anda mengambil vitamin c shaklee, ia tidak beracid dan tidak menaikkan selera makan?

Ok sebelum Emy tulis lebih lanjut, emy ingin terangkan dulu FUNGSI VITAMIN C SHAKLEE :

> Untuk menguatkan sistem imun badan
> Mengelakkan selsema
> Sebagai Antioksidan untuk mencegah cancer.
> Membantu melambatkan pertumbuhan cancer
> Meningkatkan pengeluaran kolagen (badan suda mempunyai kolagen sendiri) bagi merawat luka.
> Membantu badan menyerap zat besi dengan baik
> Membantu mengurangkan stress.
> Mengawal pengeluaran hormon stress.
> Memperbaiki simptom pendarahan di gusi, lebam di badan dan kulit kering atau ruam.
> Memperbaiki insomia
> Mengekalkan kolestrol sihat untuk tubuh badan kita.

SEKILAS FAKTA MENGENAI VITAMIN C SHAKLEE

● Tahukah anda vitamin c shaklee dilepaskan secara perlahan2 (sustained release)?
● Vitamin C shaklee yang tidak diperlukan akan keluar dari badan melalui peluh dan air kencing.
● Tahukah anda apabil anda bersukan dan aktif, Vitamin C mudah hilang dalam badan? Kenapa? Kerana sifat Vitamin C yang tidak diperlukan akan hilang melalui peluh.
● Vitamin C shaklee selamat untuk mereka yang ada masalah gastrik atau ulu hati.
● Pesakit yg mengambil WARFRIN (Ubat pencair darah) dan TRICYCLIC ANTI DEPRESSANT boleh mengambil VITAMIN C SHAKLEE.
● Badan tidak mampu menghasilkan vitamin c sendiri.  Oleh itu kita perlu mengambil vitamin c dari sumber betul.
● Diperbuat daripada ekstrak jagung. Maka tidak beracid seperti kebanyakan vitamin c yang lain.


Tetapi perlu diingatkan bahawa sebatang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin c dalam badan. Jika anda seeorang perokok, amalkan mengambil vitamin c sebelum tidur kerana semasa anda tidur anda tidak merokok. Ataupun jika boleh, berhenti merokok kerana merokok sangat bahaya kepada tubuh badan dan orang sekeliling.

Kebanyakan orang juga lupa bahawa stress juga mampu melupuskan vitamin c dengan cepat dalam badan. Kawal stress anda seperti melihat pemandangan yang indah, mendengar alunan muzik atau zikir, atau apa2 yang boleh membantu anda dalam pengawalan stress.

Ramai juga beranggapan bahawa kandungan vitamin C dari buah-buahan sudah mencukupi. Namun, tahukah anda bahawa sebiji vitamin c shaklee mengandungi 7.5 hidangan buah termasuk kulinya? Lagi pula vitamin C shaklee bersifat sustained released yg vitaminnya dilepaskan secara perlahan² dalam tubuh.

Vitamin C sangat penting untuk tubuh badan. Jika sebelum ini, Emy tidak pernah makan vitamin C kerana Rumors mengatakan vitamin C penyebab badan naik. Namun apabila mengambil vitamin c shaklee dan minum 3L air sehari, rumors tersebut makin emy lupakan hehe. Insyallah semoga entry kalini mampu membuka mata kebanyakan orang tentang VITAMIN C yang mencantikkan kulit kita.

Sekiranya anda ingin membuat belian vitamin C shaklee yang meningkatkan sistem imunisasi badan kita dengan harga yang mampu milik dan boleh bertahan untuk 6bulan (jika diambil sebiji sehari), maka anda bolehlah wassap emy di talian 0143643214. Terima kasih kerana sudi membaca entry emy. Assalam.

Shaklee tuaran
931613
0143643214


Sunday, 11 January 2015

Tips anak yang pertama kali ke sekolah

Assalamua'laikum. Mesti ramai anak2 yang memulakan sesi persekolahan pada arini 12 januari 2015 kan? Ini termasuklah anak Emy sendiri. Memang menjadi kebiasaan untuk para ibu anak2 yang pertama kali ke sekolah pasti akan menangis apabila berenggang dengan ibu buat pertama kali, terutama jika ibu adalah suri rumah sepenuh masa. 

Untuk Emy, ada 2orang anak Emy yang memulakan sesi persekolah tahun 2015. Yang berumur 6 tahun dan 5 tahun bersekolah sekali bersama2. Sebelum ni, Anak Pertama Emy memang tidak berminat dengan sekolah. Emy sendiri tidak pasti mengapa tetapi gerak hati Emy mengatakan kemungkinan anak pertama tidak berminat untuk bersekolah kerana di rumah dia boleh bebas melakukan apa sahaja. well, budakkan. Memang akan ada yang suka dan tidak suka untuk ke sekolah. 

Harini, Emy Nak kongsi dengan para ibu dan ayah tips untuk anak2 yang ingin ke sekolah. Bagi Emy tips ni penting untuk memberi gambaran kepada ibu bapa mengenai situasi sekolah. Semoga memberi manfaat kepada semua, Insyallah.

1) JANGAN DEDAHKAN NAMA SEKOLAH ANAK
Ramai ibu ayah yang terlepas pandang bab ini. Sekarang ramai yang suka update di status facebook ke mana mereka pergi dan ke mana anak sekolah. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa perbuatan ini sangat bahaya untuk anak2 kerana kita tidak kenal siapa kawan atau musuh kita yang sebenar. Maka, jangan dedahkan NAMA SEKOLAH ANAK ANDA.

2) KELUAR AWAL DARI RUMAH
Kebanyakan anak2 masih mempunyai rutin lama yang kerap bangun lewat dan mandi lewat. Jadi bagi anak2 yang selalu lambat bangun, Ibu atau Ayah harus mengambil tugas bangunkan anak perlahan2 lebih awal sekurang2nya 2jam sebelum waktu persekolahan (Jika sekolah dekat).

3) KENALPASTI LALULINTAS KAWASAN PERSEKOLAHAN 
Bagi ibu ayah yang bekerja, anda harus memastikan lalulintas kawasan persekolah anak. Ini bagi memudahkan ibu ayah atur masa untuk menghantar anak ke sekolah dan ke Tempat kerja.

4) SEDIAKAN BEKAL MAKANAN DAN MINUMAN
Bagi anak2 kecil yang baru bermula untuk ke sekolah, bawakan bekal makanan dan minuman untuk anak2. Ini bagi mengelak anak2 terkejut dengan budaya makanan di luar dan biarlah perlahan2 diperkenalkan makanan di kantin sekolah. 

5) PASTIKAN BARANG SEKOLAH SUDAH SEDIA DARI MALAM
Latih anak2 untuk menyediakan barang sekolah mereka pada malam hari. Ini bagi mengelakkan anak2 berkelam kabut untuk ke sekolah terutama pada hari pertama sekolah. 

6) JANGAN BIASAKAN JANJI UNTUK MEMBELI APA2
Kesalahan utama ibu atau ayah adalah berjanji dengan anak2 yang ke sekolah akan beli apa2 makanan atau mainan untuk mereka. Bukan kerana mampu atau tidak tetapi mengajar anak untuk mendapatkan balasan bagi perbuatan mereka. contohnya berjanji belikan aiskrim jika ke sekolah. Itu merupakan REWARD untuk anak yang berjaya ke sekolah pada hari pertama mereka. 

7) JANGAN TERUS PULANG SELEPAS HANTAR ANAK KE SEKOLAH
Pastikan selepas hantar anak ke sekolah, Ibu atau Ayah jangan langsung pulang. pastikan hari pertama anda menunggu anak walaupun hanya di luar sekolah. Jangan tunjukkan muka anda juga kepada mereka. 


Menghantar anak ke sekolah buat pertama kali memang agak sukar. Namun kita sebagai ibu atau ayah harus kuatkan hati demi anak2. Bukannya kita hendak hantar anak ke medan tempur, kan? hehe. Tips yang pertama sangat penting dan haruslah setiap ibu atau ayah jangan dedahkan keberadaan anak2. Ini adalah untuk keselamatan anak kita sendiri juga. Emy berharap dengan entry Emy kalini boleh memberikan gambaran ringkas kepada ibu ayah apa yang harus dilakukan bagi mengelakkan masalah atau kerumitan. hehe. selamat BERSEKOLAH!!!




SHAKLEE TUARAN
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
931613
014-3643214

Friday, 2 January 2015

Rawatan Bayi Colic

Assalamua'laikum. Sebelum ni, Emy ada buat entry dalam bahasa English mengenai baby yang ada masalah COLIC ni. Jadi ada beberapa orang yang wassap Emy untuk buat dalam versi bahasa Melayu. Bagus juga ideanya. Supaya ada dwi bahasa di situ hehe.



Ok. Yang pertama kita harus tahu ialah apa itu COLIC? Mengikut kata pakar, COLIC bukanlah sejenis penyakit tetapi lebih kepada perangai anak². Situasi ini di mana anak tidak akan berhenti menangis selama melebihi 3jam sehari tanpa sebab. Ada pendapat mengatakan bahawa COLIC ini merupakan fasa keempat trimester bayi. Kebanyakan bayi lahir pada trimester ketiga. Tetapi jika anak anda colic, beliau sedang menghadapi trimester yang keempat.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunapakai oleh ibu2 yang mempuyai anak COLIC. Kebanyakan cara ni Emy pernah cuba pada anak kedua yang mempunyai masalah COLIC. Antaranya adalah :

→ JANGAN OVERFEED
Apabila anak mula menangis tanpa henti, ibu akan mula panik dan mula untuk menyusukan anak tanpa henti walaupun bukan waktu untuk menyusu. Namun tahukah anda cara ini akan membuat anak anda bertambah sakit? Pastikan anda susukan anak mengikut jadualnya seperti biasa dan jangan overfeed anak anda.

→ DODOIKAN ATAU NYANYIKAN
Apabila anak mula menangis, cuba dodoikan anak dengan lagu yg menenangkan. Macam Emy dulu, emy suka nyanyi zikir SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILLAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR. Setiap kali anak mula menangis Emy akan nyanyi lagu ni atau kadang² tukar dengan zikir lain yang mendodoikan anak. Insyallah anak akan lebih tenang.

→ BALUT ANAK
Tahukah anda apabila anak mula menangis tanpa henti, membalut anak dengan kain dengan ketat (tetapi pastikan boleh bernafas) mampu membuat anak lebih tenang. Kenapa? Kerana kebanyakan anak merasakan mereka masih berada di dalam perut ibu mereka apabila di balut. Anak akan berasa lebih tenang dan akan berhenti menangis.

→ BURPKAN ANAK
Kesilapan biasa seorang ibu apabila anak mula menangis adalah kerana mereka terlupa untuk sendawakan anak mereka selepas minum susu. Apabila anak menyusu, adalah penting untuk sendawakan dwngan cara yang betul supaya gas² atau angin yang masuk akibat menangis itu boleh keluar dan tidak terperap di dalam perut. Apabila anak mula menangis dan anak susukan mereka, anak lebih banyak menyedut angin daripada air susu. Jadi sendawakan anak adalah sangat penting.

→ PAKAI SLING ATAU CARRIER
Kebanyakan anak colic suka berada dengan ibu setiap masa. Akibatnya ibu tidak dapat melakukan kerja rumah. Jadi cara yang paling mudah dan boleh dilakukan ialah memakai sling atau baby carrier pada anak. Dengan ini anda tidak mempunyai masalah untuk melakukan kerja. Merimaskan? Percayalah. Ini sahaja yang mampu menenangkan mereka.

→ Take 5
Apabila anda suda berasa penat dengan anak yang menangis tanpa henti, berehatlah sebentar. Berilah anak anda kepada ibu atau suami di rumah dan keluarlah dari bilik untuk berehat. Berehat di sini bermaksud duduk di sofa tonton televisyen atau makan, atau mandi untuk membersihkan diri. Insyallah selepas anda berehat, anda mampu handle anak COLIC dengan lebih tenang. Emy sudah pernah mencubanya dan mujarab.

→ JUMPA DOKTOR
Apabila mempunyai anak yang colic dan menangis tanpa henti, bawalah anak anda berjumpa dengan doktor bagi merawat atau mendapatkan pendapat. Pastikan sebelum berjumpa dengan doktor, anda merekod semua jadual menangis anak anda, jadual minum, apakah rawatan yang telah digunakan untuk merawat anak anda dan persoalan yang ingin diajukan terhadap doktor tersebut nanti.

→ GRIPE WATER
Orang lama suka memberi gripe water untuk anak² yang sering kembung akibat menangis tanpa henti ni. Memang sebetulnya gripe water ini mampu membantu mengurangkan masalah COLIC ni. Boleh mencuba untuk memberikan gripe water kepada anak anda dan pastikan burp selepas beri gripe water ya.

→ URUT
Urutan lembut kepada anak mampu memberikan ketenangan kepada anak anda. Kalau anak emy dulu, emy akan amik minyak baby johnson warna purple tu dan buat sapu urutan penenang pada badannya tiap kali selepas mandi dengan diikuti dengan alunan zikir. Mungkin anda boleh mencuba cara emy juga untuk membantu menenangkan anak anda.


Percayalah. Tiada yang mudah apabila menghadapi anak COLIC. Pastikan anda mendapat support dari keluarga mengenai anak colic ini dan dapatkan nasihat dari pakar. Jika doktor memberikan Ubat COLIMIX sebagai penenang kepada anak anda, kemungkinan anda boleh mencubanya dengan syarat anda mencuba remedies yang emy berikan. Pastikan COLIMIX pilihan akhir anda untuk bayi anda.


Sekiranya anda mempunyai persoalan atau benda untuk dikongsikan, jangan malu². Boleh wassap emy di talian 0143643214.


Shaklee tuaran
Shaklee independent distributor
931613
014-3643214

Thursday, 1 January 2015

Petua Tradisional Rambut Gugur

Assalamua'laikum. alhamdulillah.. Pagi nan indah, jumaat  Emy berjaya luangkan masa sekejap untuk membuat entry yang baru.. tajuk harini ialah PETUA TRADISIONAL UNTUK RAMBUT GUGUR..

bagi wanita, rambut gugur selepas bersalin sgt menggerunkan. Kadang² slpas sikat, rambut di tangan atau sisir memang banyak. Baik lelaki mahupun wanita, rambut gugur sering melanda. Ok, emy ada petua tradisional. Nak tahu? Jom baca.

Sebelum itu, tahukan ada punca rambut gugur? Ada yang mengatakan masalah datang dari syampu yang salah, tetapi sebenarnya masalah hormon juga yang menyebabkan rambut gugur.




PUNCA RAMBUT GUGUR


1) Penyakit Tiroid
Tahukah anda Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh sebabkan rambut gugur? Kebanyakan wanita selepas bersalin tidak sedar perubahan hormon mereka telah menyebabkan kelenjar tiroid aktif atau pasif. Perubahan ini boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Disebabkan itulah wanita paling kerap mengalami masalah rambut gugur selepas bersalin.



2) Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

Amalan pengambilan diet yang tidak seimbang spt tidak mengambil sumber protein yang secukupnya atau tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh mengundang kepada masalah keguguran rambut yang teruk.


3) Stress
Tidak kira lelaki mahupun wanita, kadar stress yang tinggi boleh menyebabkan rambut gugur. Oleh itu, anda digalakkan melakukan senaman ringan setiap hari kerana perjalanan darah yang sihat boleh mengurangkan kadar stress anda. Di samping itu, anda juga boleh melakukan apa2 kegiatan yang mampu menenangkan fikiran anda seperti membaca, berkebun, bermain dengan anak2 atau bermain permainan video.


4) Ubat-ubatan
Sesetengah ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu.  Ubat² seperti masalah gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi atau ubat cairkan darah dan pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut. Namun setelah kita berhenti mengambil ubat² berikut, masalah keguguran rambut boleh dikurangkan. Kita boleh menggantikan atau menambah VITAMIN C dalam diet setiap hari kita bagi mengawal pengguguran rambut.


5) Selepas bersalin
Keguguran rambut selepas bersalin di alami oleh 40% wanita di dunia. Sebaik selepas kelahiran anak, rambut juga akan turut gugur dengan teruknya. 

6) Merokok
Kebanyakan perokok tidak mengetahui bahawa dengan merokok, kebanyakan organ dalam kita semakin rosak. Ini termasuklah masalah keguguran rambut yang paling teruk dengan kekerapan merokok. 

7) Bertukar Syampoo
Tabiat suka menukar² atau mencuba syampoo yang baru juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut yang teruk. Jika amalan bertukar syampoo tidak dihentikan, masalah keguguran rambut sukar dikawal.


PETUA TRADISIONAL MERAWAT RAMBUT GUGUR


5 sudu besar minyak zaitun
1 sudu serbuk kayu manis
2 biji telur
2 sudu madu lebah


Campurkan ke semua bahan di atas dan lumurkan ke seluruh rambut dan kulit kepala. Balut kepala anda dengan shower cap atau plastik. Jika tiada, boleh juga menggunakan tuala bersih. Biarkan bahan tersebut di rambut selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 minggu sekali.


CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR

→ Elakkan menyikat rambut ketika masih basah kerana apabila rambut anda basah, ia sangat mudah putus.

→ Elakkan atau hadkan penggunaan bahan kimia ke atas rambut yang boleh merosakkan lagi rambut

→ Penggunaan Syampoo yang bersesuaian dengan rambut anda dan jangan suka bertukar2 jenis syampoo.

→ Makan makanan yang tinggi protein dan vitamin c bagi menguatkan rambut anda.

→ Elakkan mengikat rambut terlalu ketat setiap hari.

→ Elakkan penggunaan kerap air panas ketika bersyampoo.

→ Potong rambut anda pendek apabila kadar pengguguran tidak berkurang.

→ Orang dulu-dulu juga kerap menginaikan rambut mereka. Inai rambut boleh membantu menguatkan akar rambut kita. 

→ Penggunaan minyak kelapa dara boleh membantu menambah bilangan rambut kita. Sebab itula kenapa ibu-ibu zaman dulu kerap menyapu minyak kelapa d rambut bayi baru lahir bagi menggalakkan pertumbuhan rambut baru. 

Namun, sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk melakukan kaedah di atas atau tidak suka dengan perkara meremehkan, anda boleh mencuba produk shaklee yang terbukti mampu membantu mengawal keguguran rambut. Terdapat juga pelanggan emy yang berjaya mengurangkan masalah keguguran rambut selepas pengambilan selama sebulan produk shaklee. Terdapat beberapa produk yang Emy boleh syorkan bagi membantu mengurangkan gejala rambut gugur ini. Wassap emy di talian 0143643214 untuk keterangan lanjut. Terima kasih. 


Shaklee Tuaran
Shaklee putatan
931613
014-3643214