Friday, 14 August 2015

Jual Shaklee Kerana duit?

Assalamua'laikum rakan² pembaca yg budiman. Alhamdulillah kita diberikan peluang untuk bertemu lagi dalam entry emy yang baru, tajuknya JUAL SHAKLEE KERANA DUIT??

Seperti yang kita sedia maklum, ganjaran bonus yang ditawarkan oleh shaklee sememangnya sangat hebat jika kita melakukannya dengan bersungguh. Emy sendiri pernah merasa bonus dari puluh2 ringgit hinggalah ke ribu2 ringgit.. Alhamdulillh atas rezeki yang diberikan. Namun percayakah anda jika Emy bagitau bahawa Emy buat shaklee bukan kerana tawaran bonusnya? Jadi kerana apa? Ha yang suda baca entry Emy yang sebelum2 ni mesti tahu kenapa.

Sejak Emy mengandung anak kedua, Qira, kesihatan anak pertama Emy, iaitu Syasya semakin merosot. Tiap bulan sekurang2nya 2x pasti syasga akan demam. Tiap kali itu juga Emy akan berikan PCM, VOREN SUPP atau BRUFEN. Itu xtermasuk ubat selsema dan ubat batuk yang menyebabkan syasya kerap jatuh terhentak kepala kerana mengantuk dek kerana intake ubat yang tidak henti.

2 Tahun yang lalu, rakan Emy perkenalkan MEALSHAKE krn kesian tgk syasya yang non stop demam, muntah, xmo makan dan kurus kering. Huhu. 1st week Emy bagi minum, memang nampak perubahan yang syasya kerap mo makan. Kalau dulu terpaksa amik rotan bila bagi makan. Tu yang pertama perubahan Emy nampak.

Yang kedua pula Emy perasan dalam sebulan, Alhamdulillah syasya langsung tiada demam. Bahkan selama 2tahun ni, selepas konsisten bagi minum MEALSHAKE ni, syasya demam pon yang mcm demam olok2. Nau'zubillah Minzaliq, Emy xminta pon yang buruk2. Tapi perubahan yang ketara boleh di nampak oleh emy dan family.

Yang ketiga emy perasan pula kalau dulu syasya dan qira kalau demam mesti langsung xbergerak. Baring saja di tilam atau sofa tanpa makan atau minum. Alhamdulillah sekarang ni emy sgt bersyukur sebabnya kalau demam pon selera makan anak2 tetap ada.

Itu berkaitan dengan kesihatan anak-anak Emy. Dengan Emy sendiri Emy sebelum ini ada masalah gastrik yang teruk. Emy pernah mencuba pelbagai ubat dari doktor dan secara tradisional namun tiada yang dapat membantu masalah gastrik Emy. Semasa Emy beli mealshake untuk anak, kawan Emy telah memberikan stok ESP nya untuk emy cuba. Mulanya memang xmahu sebab emy lactose intolerence. Bila suda mencuba jatuh hati pula.

Selepas 3bulan pengambilan ESP secara berterusan, masalah gastrik Emy semakin berkurang. Alhamdulillah Emy dapat menahan rasa lapar pada tempoh yang lama. Kalau kena gastrik atau pedas ulu hati, Emy akan cepat-cepat telan peppermint ginger.



Terdapat banyak faktor kesihatan yang menjadi sebab kenapa Emy buat shaklee. Bukan semata-mata kerana bonus tetapi lebih kepada ingin membantu orang kekal sihat walafiat. Kesihatan yang baik sangat tidak ternilai harganya. Kadang-kadang berat untuk mengeluarkan kos permulaan. Namun selepas melihat hasilnya kita pasti akan berpuas hati. Alhamdulillah.

Jika anda ingin dapatkan khidmat nasihat dari Emy mengenai shaklee, anda bolelah wassap emy di talian 014-3643214. Penghantaran percuma dari putatan hingga tuaran. Insyallah Emy akan membantu sebaik mungkin. Terima kasih.

Shaklee putatan
Shaklee tuaran
931613
014-3643214

Thursday, 13 August 2015

JANGAN AMBIL MEALSHAKE SHAKLEE

Assalamua'laikum. Alhamdulillah harini Emy terpanggil untuk berkongsi sedikit mengenai Mealshake shaklee. Emy tahu, ramai ibu-ibu sedang berusaha untuk membantu anak-anak yang hadapi masalah tidak mahu makan, kurang fokus di dalam kelas, kerap demam selsema dan banyak lagikan?

Jangan risau. Entry Emy harini adalah berkaitan mealshake. Emy sengaja je tulis entry dalam bentuk negatif hehe. Jangan marah yea ibu-ibu. Insyallah tiada yang negatif mengenai mealshake shaklee. Dan Insyallah hanya yang baik-baik sahaja.

Beberapa tahun yang lalu, semasa Emy rajin membuat biskut raya untuk berjualan, kesihatan anak-anak ditahap tidak memuaskan. Seminggu sekali Emy terpaksa bawa ke klinik untuk rawatan DEMAM!! Kalau selsema Emy memang tidak akan bawa ke klinik sebabnya demam mereka macam tidak pernah berhenti huhu.

Pelbagai ubat telah ditelan, pelbagai vitamin telah diberikan. Sampai sampel darah diambil untuk memeriksa kuman dalam badan namun semuanya negatif. Dan Emy SUSU BADAN SEPENUHNYA sampai berumur 6Bulan dan memperkenalkan makanan lembut kepada mereka. Namun mereka masih menyusu badan sehingga berusia 3Tahun ke atas.

Pada hujung tahun 2012, team kami telah melakukan majlis raya bersama anak yatim dan ketika itu Emy membawa anak Emy yang demam panas dan muntah2 ke majlis kerana Emy merupakan salah seorang AJK bertugas. Masa di sana, rakan2 nampak sendiri keadaan anak yang terlalu lemah dan kurus.

Awal tahun 2013, seorang kawan telah memperkenalkan mealshake kepada Emy. Masa ingin membeli, Emy jujur cakap memang terasa berat. Emy tutup mata sahaja bayar dengan doa semoga Allah bantu aku sembuhkan anakku.

Alhamdulillah pada minggu pertama pengambilan, selera makan anak bertambah. Peningkatan berat juga bole dinampak (anak pertama skala timbangan di paras kuning , underweight). Semasa bawa ke klinik doktor memuji terdapat peningjatan berat badan walau sedikit.

Sebulan berlalu dan Emy masi meneruskan memberi mealshake. Yang Emy perasan ialah TIADA DEMAM!! Selama sebulan langsung tiada demam. Berbulan2 tiada demam sehinggalah satu hari tiba2 anak demam. Namun selera makan masih banyak dan TIADA MUNTAH!! Huhu. Syukur sangat2 kepada Allah kerana membantu seorang ibu dalam kebuntuan.

Khasiat mealshake Emy kongsikan bersama rakan-rakan dan akhirnya Emy berniat untuk menjual shaklee sepenuh masa. Alhamdulillah bukan anak2 sahaja yang minum. Emy juga mempunyai beberapa orang pelanggan dewasa yang ingin menambah berat, mengandung, orang tua yang tidak mampu mengambil pil dan banyak lagi.

Bacaan untuk entry manfaat utama mealshake sila klik link diberikan

http://emyashura83.blogspot.com/2015/03/manfaat-mealshake.html

Terima masih di atas kesudiaan untuk membaca entry Emy pada kali ini. Berdasarkan kepada testimoni yang ada, Insyallah semoga memberi manfaat kepada semua.
 Terima kasih.


Shaklee putatan - tuaran - putatan
931613
0143643214

Wednesday, 12 August 2015

Rawatan untuk Bayi Sembelit

Bayi sembelit bukanlah perkara baru bagi kebanyakan bayi. Sebenarnya masalah sembelit terjadi pada bayi dan juga orang dewasa. Namun entry Emy harini lebih kepada sembelit pada bayi. 

Secara normal, najis bayi selalu akan berubah tekstur dan warnanya mengikut kepada usia dan pola pemakanannya. Biasanya bayi yang baru lahir najisnya adalah lebih lembut dan berwarna kekuningan bagi mengeluarkan sisa bilirubin dalam badan. Dan warnanya juga berbeza antara bayi yang menyusu susu formula dan susu badan.

Sembelit berlaku apabila bayi sering mengalami kesukaran untuk membuang air besar di mana selalunya najis mereka akan lebih keras dan liat. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya adalah normal untuk mengalami keadaan untuk tidak membuang selama lebih dari 4hari hingga seminggu. Selagi najis yang keluar adalah lembut dan bayi tidak meneran, ia adalah normal.

Terdapat juga beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah sembelit. antaranya adalah kemungkinan berlakunya masalah oragan dalaman seperti membengkak, tumor, kelainan saraf, masalah usus dan sebagainya. Keadaan ini memerlukan rawatan dan pemeriksaan doktor.

Bagi ibu yang masih menyusukan anak sepenuhnya, tabiat pemakanan si ibu sangat penting bagi mengatasi masalah sembelit pada bayi. Ibu haruslah mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang bagi membantu anak melancarkan proses pembuangan. Pengambilan vitamin, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu mengatasi masalah sembelit bayi.

Semasa anak Emy kecil dan menghadapi masalah sembelit, Emy akan mula meminum air rebusan jintan hitam bagi mengurangkan masalah sembelit kerana anak Emy menyusu badan sepenuhnya. Namun bagi bayi yang menyusu formula, anda boleh mencampurkan sedikit air rebusan jintan hitam untuk bayi anda. 

Jika masalah sembelit hingga mengeluarkan darah, anda haruslah membawa anak anda berjumpa dengan doktor dengan kadar segera bagi mengatasi masalah sembelit bertambah teruk. Jangan memandang ringan pada sembelit anak anda. Pastikan anda merawat sebelum terlambat. 

cdt to poster's owner

Tahukah anda Mealshakes shaklee membantu dalam proses pembuangan anak anda? Dengan memberikan satu sudu kecil kepada anak yang berumur setahun ke atas mampu melancarkan sistem pembuangan sekaligus membantu dalam masalah KURANG SELERA MAKAN. Orang dewasa pun bole minum mealshakes.

Jika anda inginkan produk shaklee tetapi tidak tahu bagaimana caranya, bolelah hubungi emy di talian 0143643214. Penghantaran percuma dari putatan ke tuaran. Konsultasu juga percuma buat semua pelanggan Emy. Insyallah Emy akan bantu. Terima kasih.

Shaklee putatan
Shaklee tuaran
931613
014-3643214



Bagaimana mendidik anak agar lepas sekolah terus mandi

Assalam semua. Maafkan Emy kerana lama menyepi. Ditakdirkan Emy mengandung dan mengalami alahan yang teruk. Nasib ibu sudi membantu. Selama 2bulan tinggalla emy di rumah ibu di putatan. Hehe.

Harini Emy nak kongsi tips bagaimana untuk mendidik anak agar pulang dari sekolah anak-anak akan langsung mandi tanpa di suruh. Ha mesti ramai ibu bapa yang selalu bising suruh anak2 mandikan lepas balik dari sekolah?

Tips nya mudah sahaja. Semuanya bermula pada hari pertama persekolahan. Sebelum memulakan sesi baru sekolah, pastikan ibu-ibu membuat list apa yang anda inginkan dari anak anda.

Sebagai contoh, anda mahukan anak mandi lepas pulang sekolah? Maka pada hari pertama dan minggu pertama persekolahan, selepas balik sekolah ajar anak untuk terus simpan beg dan mandi. Selepas mandi baru bole makan tengahari. Selepas minggu pertama ni, percayala cakap emy. Anak anda akan terbiasa dengan rutin ini dan akan ke tandas untuk mandi tanpa di suruh.

Mudahkan? Kenapa Emy bagi cadangan yang mudah ni? Sebab inilah yang Emy lakukan pada anak Emy sejak dari hari pertama sesi persekolahan mereka. Akhirnya sekarang tanpa di suruh mereka akan pegi mandi dahulu baru makan nasi. Selepas makan nasi mereka di benarkan main atau melakukan kerja rumah.

Jadi kepada ibu yang ingin mendidik anak anda, bermulala pada hari pertama dan minggu pertama persekolahan. Buat jadual harian sekiranya anda rasakan anda terlalu sibuk untuk mengingatkan mereka. Pastikan anak anda rujuk jadual yang diberikan sebelum melakukan sesuatu.

Jika anda inginkan anak anda kekal bertenaga sepanjang sesi persekolahan, bolehlah hubungi emy di talian 014-3643214. Emy menjual produk shaklee secara berdaftar dan Emy mempunyai produk yang sangat sesuai untuk anak anda. Penghantaran produk secara percuma dari putatan ke tuaran. Luar kawasan boleh menggunakan pos. Terima kasih.

Shaklee putatan
Shaklee tuaran
931613
014-3643214

Monday, 9 March 2015

JERAWAT MAKIN BANYAK APABILA MAKAN VITAMIN

Assalamua'laikum. Alhamdulillah hari ini Emy berkesempatan untuk mengarang satu lagi entry mengenai jerawat makin banyak apabila makan vitamin. Bila kita baca atau alami rasa macam pelik ada, tertipu pun ada. Namun janganlah bimbang. Kenapa? Haaa, Pernah dengar perkataan 'Healing Crisis' atau 'Fasa Penyembuhan'?

Apabila anda makan vitamin untuk kecantikan kulit, anda akan mengalami fasa penyembuhan di mana jerawat dan minyak pada muka akan keluar berlebihan. Kadang-kadang perkara ini akan mencetuskan rasa malu untuk berjumpa dengan orang kerana kulit muka makin teruk.


Namun anda tidak perlu bimbang. Teruskan pengambilan vitamin anda. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 3 Liter air sehari dan mengelakkan makan makanan berminyak, makanan segera, merokok dan teruskan mengambil vitamin seperti sebelum ini. Jangan berhenti walaupun jerawat bernanah keluar di muka kita.

Kenapa ini terjadi? ini adalah kerana apabila tubuh kita terlalu banyak toksin, minyak dan kotoran, ia akan keluar melalui kulit kita. Oleh sebab itula muka kita makin berjerawat selepas mengambil apa-apa vitamin. Ia berbeza dengan produk kecantikan yang di sapu pada kulit muka kita. 

Jadi apakah checklist kita?  

* Mengambil sekurang-kurangnya 3 Liter air sehari
* Kerap membersihkan muka
* Elakkan makanan berminyak
* Teruskan pengambilan vitamin


Sekiranya anda mempunyai masalah jerawat dan ingin merawatnya, anda bolehla hubungi saya di talian 014-3643214 atau wassap pun boleh. Alhamdulillah setakat ini beberapa orang pelanggan Emy sendiri sudah mencuba produk ini dan berpuas hati. Terima kasih. 


SHAKLEE TUARAN 
SHAKLEE PUTATAN
931613
014-3643214

Sunday, 8 March 2015

Manfaat Mealshake

Assalam. Harini Emy mo kongsikan sedikit manfaat utama yang terkandung pada mealshake shaklee. Mealshakes menyediakan hidangan lengkap n asid amino yg diperlukan oleh badan. Diperbua daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya NON GMO, n Lactalbumin (sejenis susu).

Manfaat utama :

* Membekalkan nutrisi lengkap, 24jenus vitamin, mineral n zat yg diperlukan oleh badan.

* Membantu dalam pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun bdn n lain2.

* Membantu dlm tumbesaran yg mengandungi asid folic, biotin, kalsium, n magnesium yg diperlukan oleh tubuh badan.

* Mengandungi Vitamin A, C, E, Zinc, Selenium yg merupakan agen anti oksida yg tgi melawan penyakit dan awet muda.

* Mengembalikan seri wajah dengan membekalkan vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yg cukup untuk membina sel darah merah yang sihat.

* Membantu membung lemak berlebihan n sisa buangan dari usus dan perut.


TARGET UTAMA

* Bayi setahun ke atas yang kerap demam / selsema
* Pelajar
* Kanak2 yg membesar
* Ibu mengandung
* Atlet
* Vegetarian
* Orang yang sakit tidak dapat menelan pil
* Orang yang sentiasa sibuk bekerja
* Orang yang kerap makan makanan segera




Terdapat pelbagai testimoni apabila mengambil mealshakes yang tidak mengandungi pewarna, agen tiruan atau gula. Ada yang memberitahu anak lebih fokus apabila di kelas kerana mealshakes memberikan tenaga kepada badan. Terdapat juga mengatakan selera makan anak bertambah.

Bagi anak saya sendiri pula, selera makan bertambah itu biasa. Namun demam yang kerap yang menjadi masalah kepada saya. Apabila anak mula demam, selera makan terbantut. Huhu. Selepas pengambilan kerap mealshakes yang berkhasiat ini, setahun sekali demam tetapi dengan selera makan yang tinggi. Alhamdulillah


Jika anda ingin mendapatkan produk shaklee yang sentiasa memberi manfaat kepada semua, anda bolehla hubungi saya dengan whatsapp atau message kepada saya di talian 0143643214. Insyallah konsultasi percuma buat semua pelanggan istimewa saya beserta testimoni untuk bacaan anda. Terima kasih.

Shaklee putatan - tuaran - putatan
931613
0143643214

Wednesday, 4 March 2015

Periuk Berkerak?

Assalam. Alhamdulillah Emy ambik masa sekejap je yea nak update pasal test yang Emy buat masa 11februari 2015. Beberapa bulan yang lalu Emy terhanguskan periuk di rumah. Hehe. Jadi Emy try salah satu produk shaklee, basic H untuk bersihkan periuk Emy.



Sebelum buat test ni, Emy pernah try juga pada periuk yang sama tp xberhasil. Tetap berkerak malahan kena sental pakai dawai besi pula. Pada kalini, Emy punya resepi campuran berbeza hehe. Macam mana caranya? 



Emy letak beberapa titik basic H pada periuk. Kemudian Emy tambahkan air paip dalam segelas macam tu. Emy biarkan melebihi 2jam.  Emy cuba gosok pakai span sabun cuci piring tu dan perlahan-lahan kerak tertanggal.

Jadi ada beberapa bahagian yang keraknya Masyallah degil betul. Jadi Emy telah menambah dlm 3titik lagi basic H ke dalam air rendaman tersebut. Selepas sejam, Emy cuba lagi dan kali wallaahhh... cantik berkilat..



Sebenarnya Emy juga telah mencuba basic H untuk menghilangkan kotoran pada baju adik yang berwarna pink dan putih. Baju tersebut telah terkena Tiger Balm yang berwarna seperti oren dan melekat pada baju. Takut untuk menggunakan clorox, Emy telah menggunakan Basic H untuk membantu melunturkan warna tiger balm tersebut. 

Hasilnya? Baju tu tidakla Emy katakan rosak seperti direndam clorox dan tidak putih seperti clorox. Namun kesan kotor berkurang berbanding sebelumnya. Memang hebat. Sampaikan adik ingat Emy menggunakan vanish. Walhal tiada vanish pun di rumah. Alhamdulillah Emy happy dan adik pun happy. Hehe. 




Harga basic H ni xmahal pun. Berbaloi dengan tempoh penggunaan. Mcm Emy pakai bila perlu je. Sekarang je lebih kerap sebab pakai untuk cuci kasut anak-anak. Emy dah berhenti menggunakan clorox dek Kerana geram beberapa kali kain rosak akibat penggunaan clorox.

Jika anda ingin dapatkan info lebih lanjut mengenai produk, bolela wassap atau msg Emy di talian 014-3643214. Insyallah konsultasi diberikan percuma untuk pelanggan Emy. Produk ini juga dijamin selamat, bersih dan halal. Pernah masuk dalam oprah winfrey show tau hehe.

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca entry Emy pada kali ini. Diharap dapat memberikan harapan kepada semua periuk-periuk di luar sana hehe. Assalam.

Shaklee tuaran - putatan
931613
0143643214