Wednesday, 12 August 2015

Rawatan untuk Bayi Sembelit

Bayi sembelit bukanlah perkara baru bagi kebanyakan bayi. Sebenarnya masalah sembelit terjadi pada bayi dan juga orang dewasa. Namun entry Emy harini lebih kepada sembelit pada bayi. 

Secara normal, najis bayi selalu akan berubah tekstur dan warnanya mengikut kepada usia dan pola pemakanannya. Biasanya bayi yang baru lahir najisnya adalah lebih lembut dan berwarna kekuningan bagi mengeluarkan sisa bilirubin dalam badan. Dan warnanya juga berbeza antara bayi yang menyusu susu formula dan susu badan.

Sembelit berlaku apabila bayi sering mengalami kesukaran untuk membuang air besar di mana selalunya najis mereka akan lebih keras dan liat. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya adalah normal untuk mengalami keadaan untuk tidak membuang selama lebih dari 4hari hingga seminggu. Selagi najis yang keluar adalah lembut dan bayi tidak meneran, ia adalah normal.

Terdapat juga beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah sembelit. antaranya adalah kemungkinan berlakunya masalah oragan dalaman seperti membengkak, tumor, kelainan saraf, masalah usus dan sebagainya. Keadaan ini memerlukan rawatan dan pemeriksaan doktor.

Bagi ibu yang masih menyusukan anak sepenuhnya, tabiat pemakanan si ibu sangat penting bagi mengatasi masalah sembelit pada bayi. Ibu haruslah mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang bagi membantu anak melancarkan proses pembuangan. Pengambilan vitamin, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu mengatasi masalah sembelit bayi.

Semasa anak Emy kecil dan menghadapi masalah sembelit, Emy akan mula meminum air rebusan jintan hitam bagi mengurangkan masalah sembelit kerana anak Emy menyusu badan sepenuhnya. Namun bagi bayi yang menyusu formula, anda boleh mencampurkan sedikit air rebusan jintan hitam untuk bayi anda. 

Jika masalah sembelit hingga mengeluarkan darah, anda haruslah membawa anak anda berjumpa dengan doktor dengan kadar segera bagi mengatasi masalah sembelit bertambah teruk. Jangan memandang ringan pada sembelit anak anda. Pastikan anda merawat sebelum terlambat. 

cdt to poster's owner

Tahukah anda Mealshakes shaklee membantu dalam proses pembuangan anak anda? Dengan memberikan satu sudu kecil kepada anak yang berumur setahun ke atas mampu melancarkan sistem pembuangan sekaligus membantu dalam masalah KURANG SELERA MAKAN. Orang dewasa pun bole minum mealshakes.

Jika anda inginkan produk shaklee tetapi tidak tahu bagaimana caranya, bolelah hubungi emy di talian 0143643214. Penghantaran percuma dari putatan ke tuaran. Konsultasu juga percuma buat semua pelanggan Emy. Insyallah Emy akan bantu. Terima kasih.

Shaklee putatan
Shaklee tuaran
931613
014-3643214



No comments:

Post a Comment