Makanan berkhasiat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia membantu kita sihat dan sangat bermanfaat merawat kecantikan. Namun terdapat juga makanan yang tidak baik diambil secara berlebihan. Bukan sahaja ia merbahaya kepada badan, malahan ia juga mempercepatkan proses penuaan. Jom kita kenali empat jenis makanan tersebut yang mampu mempercepatkan penuaan wajah kita.
GARAM
Mengambil Garam Secara Berlebihan (500mg Sodium Sehari) akan mengundang kepada Pelbagai Jenis Penyakit Bahaya Seperti Darah Tinggi. Selain Itu, Kandungan Garam Yang Banyak Juga Boleh Melemahkan Kulit Kerana Ia Menyerang Kolagen. Akibatkan Kulit Kita Akan Mudah Kendur. Golongan Yang Mengambil Garam Secara Berlebihan Kebiasaannya Akan Mengalami Masalah Bengkak Di Bawah Mata. Sudah Pasti Bengkak Bawah Mata Akan Kelihatan Sedikit Hodoh Bagi Wanita Yang Sangat Mementingkan Kecantikan Kulit.
GULA
Gula Boleh Menambahkan Laluan Insulin Yang Memberi Kesan Kepada Salur Darah Seterusnya Mempercepatkan Proses Penuaan. Pengambilan Gula Tanpa Kawalan Juga Menyebakan Penyakit Merbahaya Seperti Kencing Manis Dan Yang Paling DItakuti Oleh Tiap Wanita Adalah Masalah Kegemukan Atau Obesiti. Elakkan Makanan Manis Terutama Minuman Bergas Dan Pencuci Mulut Seperti Ais Krim Atau Kek. Gantikan Snek Yang Lebih Sihat Seperti Buah-Buahan . Jika Pengambilan Gula Dikurangkan, Kulit Akan Menjadi Lebih Segar Dan Berseri. Amalkan Dalam Masa Seminggu dan Anda Pasti Akan Berpuas Hati Dengan Hasil Yang Anda Perolehi.
MAKANAN PEDAS
Tidak Dinafikan Makanan Pedas Dan Berempah Dikatakan Baik Untuk Meningkatkan Metabolisma Tubuh Kita Namun Ia Juga Memberikan Kesan Negatif Kepada Kulit. Makanan Pedas Juga Boleh Mengembangkan Salur Darah Terutama Bagi Yang Mengalami Menopaus. Kapilari Ini Menyebabkan Kulit Kelihatan Kusam, Letih, Dan Tua. Sudah Pasti Kita Tidak Inginkan Wajah Kita Kelihatan Begitu, Kan?
KOPI
Kopi Merupakan Salah Satu Minuman Kegemaran Masyarakat Dunia Tanpa Mengira Bangsa. Pengambilan Kopi Dikatakan Dapat Memberikan Kesegaran Pada Mata Dan Menjadi Terapi Untuk Sesetengah Orang. Tetapi Faktanya, Pengambilan Kopi Yang Keterlaluan Akan Menyebabkan Gigi Kita Menjadi Kuning. Selain Daripada Itu, Kopi Juga Mengeringkan Tubuh. Akibatkan Kulit Menjadi Kering Dan Penuaan Berlaku Dengan Cepat. Kedutan Mudah Kelihatan Di Bahagian Mata Dan Tepi Bibir. Sebaik-baiknya, Untuk Tampak Awet Muda, Tinggalkan Kekerapan Pengambilan Kopi. Gantikan Dengan Jus Buah-Buahan Segar Tanpa Campuran Gula Atau Air Putih Sahaja Suda Mencukupi Untuk Memelihara Kecantikan Dalaman Dan Luaran Badan.
Shaklee tuaran
Shaklee independent distributor
Shaklee independent distributor
931613
014-3643214
014-3643214
*sumber info dari majalah wanita keluaran 1609/19-25september2014.
No comments:
Post a Comment